Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Wednesday, September 2, 2009

Sistem Perisikan Dunia dan Dajal


Dalam sebuah  riwayat oleh Fatimah binti Qais, Nabi SAW pada suatu hari selepas melaksanakan solat jemaah telah menaiki mimbar khutbah dan kemudiannya bersabda;  

“Sahabatmu Tamim ad-Dari yang dahulunya menganut agama Kristian dan sekarang menganut Islam, menceritakan  kepadaku mengenai Dajal. Beliau bersama-sama dengan tiga puluh orang rakan-rakannya belayar di laut dan kapal mereka hanyut selama lebih kurang sebulan sebelum terbabas di sebuah pulau. Di pulau itu mereka menemui makhluk yang amat hodoh, badannya dipenuhi bulu. Mereka bertanya kepada makhluk itu; “Siapa kamu?” Makhluk itu menjawab; “Aku adalah pengintip atau spy (ana Jassasah).” Kemudian makhluk hodoh ini menyuruh mereka pergi bertemu satu makhluk lain yang berbadan besar dan ketika menemuinya makhluk ini sedang dirantai dengan rantai yang kukuh. Dia mengatakan bahawa dia adalah Dajal...” (Riwayat Muslim).
Hadith ini mengaitkan era Dajal dengan kewujudan sistem perisikan moden yang hodoh lagi menghancurkan. Antara jentera perisikan yang banyak memporak-perandakan dunia pada hari ini adalah CIA, Mossad dan KGB. Mengikut satu laporan yang bertajuk The Intelligence Community In The 21st Century yang dibentangkan pada tahun 1996 oleh sebuah jawatankuasa khas di Amerika yang dikenali sebagai The Permanent Select Committee on Intelligence, Agensi Perisikan Amerika (CIA) sering kali diarahkan supaya melanggar undang-undang sama ada di dalam atau di luar negara. Jawatankuasa ini mendapati CIA telah bertindak di luar batas undang-undang sebanyak 100,000 kali setahun dan mereka sanggup membunuh demi mencapai matlamat mereka.
Mengikut Rodney Stich dalam bukunya Defrauding America: Encyclopedia of Secret Operations by the CIA, DEA and Other Covert Agencies, pihak CIA telah membunuh Presiden Vietnam Selatan, Ngo Dinh Diem. Pihak CIA juga didapati terlibat dalam rancangan menaikkan pemimpin-pemimpin boneka di negara-negara tertentu dan kemudian jika perlu membunuh mereka selepas itu.
Demikian juga dengan agensi perisikan Israel, Mossad. Pada 10 September 2001, akhbar The Washington Times memuatkan satu laporan khas berhubung agensi perisikan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Army School for Advanced Military Studies (SAMS) di Amerika. Kajian ini merumuskan, Mossad adalah sebuah agensi yang ‘liar, kejam serta pintar. Ia mampu menyerang sasaran-sasaran tertentu di Amerika dan menampakkan seolah-olah ia adalah perbuatan orang-orang Palestin atau Arab.’ Anehnya sehari selepas laporan ini diterbitkan, berlakulah tragedi 11 September 2001 di New York. Pada tahun 1990, seorang bekas pegawai Mossad, Victor Ostrovsky bersama-sama dengan Claire Hoy, menulis sebuah buku bertajuk By Way of Deception terbitan St. Martin’s Press, New York. Buku ini menceritakan aktiviti jahat Mossad termasuk perancangannya memburukkan nama Libya dan Saddam Hussein.
Russia juga mempunyai agensi perisikannya yang dikenali sebagai KGB dan GRU. KGB yang bermaksud Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti memfokuskan aktivitinya kepada golongan awam dan GRU yang bermaksud Glavnoye Razvedyvatelnoye Upravleniye terlibat dalam perisikan ketenteraan.
WALLAHU A'LAM...


No comments: