Salah satu tanda
hampirnya kiamat adalah matahari terbit sebelah Barat. Di sudut sains, matahari
memang boleh terbit dari sebelah Barat. As-Syeikh Syed Sabiq dalam kitabnya
yang berjudul al-Aqaid al-Islamiyah
menyebutkan beberapa fakta menarik yang terdapat dalam buku al-Islam Maal Hayah. Buku itu memuatkan
laporan daripada akhbar Jumhuriah bertarikh
13 Disember 1957 berhubung satu kajian yang dilakukan oleh seorang pakar dalam
bidang ilmu alam dari Rusia.
Beliau menjelaskan, memang merupakan satu hakikat,
apabila sesuatu planet atau cahaya yang kuat mendekati bumi, pelbagai kejadian
yang luar biasa boleh berlaku, antaranya, bumi akan berputar lebih perlahan
daripada biasa ataupun berhenti sama sekali sehingga pada pandangan mata kasar
perjalanan matahari sudah terhenti. Apabila fenomena ini berlaku lautan boleh
terbelah dua dan awan boleh tergantung seperti tiang lurus dari atas ke bawah
sepanjang hari. Berhubung dengan tempat matahari terbit, berpandukan beberapa peta
yang dilukis oleh orang-orang pada zaman kuno dahulu, tempat terbit matahari
tidak sama dengan keadaan yang ada sekarang.
Malah Plato pernah mengatakan,
matahari sebelum ini terbenam di tempat terbitnya pada hari ini. Justeru
matahari boleh terbit semula dari Barat jika punca yang menyebabkan ia terbit
dari Timur sekarang ini berulang semula, apatah lagi berhadapan dengan ancaman
komet dan asteroid yang sering mendekati bumi sehingga hampir-hampir berlanggar
dengannya pada hari ini. Yang terbaru adalah ancaman asteroid 202 NY40.
Asteroid yang mempunyai ukuran panjang 400 meter ini melintasi bumi pada 18
Ogos, 2002 dengan kelajuan 65,ooo kilometer sejam. Ketika itu jaraknya dengan
bumi hanyalah 524,000 kilometer sahaja. Jika perlanggaran berlaku, bumi akan berubah
dan tempat terbit matahari juga mungkin berubah.
Di samping itu
ada yang berpendapat, sabda Nabi SAW berkenaan matahari akan terbit dari Barat
mungkin bermaksud pada akhir zaman ramai dari Barat akan memeluk agama Islam.
Hal ini disebabkan, dalam al-Quran, Allah sering kali mengiaskan petunjuk dan
kesesatan dengan cahaya dan kegelapan. Sebagai contoh, dalam surah ar-Ra’d
Allah berfirman;
“Adakah sama orang yang buta dengan yang dapat melihat, atau samakah gelap-gelita dengan suasana yang terang benderang...?“Dalam surah at-Talaq Allah berfirman;
“(Dan Allah mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menjelaskan kebenaran, supaya Dia mengeluarkan mereka yang beriman dan beramal soleh daripada kegelapan kepada cahaya...“Justeru, terbitnya matahari dari Barat mungkin bermaksud terbitnya cahaya kebenaran Islam yang gilang gemilang dari Barat.
Petanda mengenainya sudah jelas kelihatan pada hari ini. Sebagai contoh,
Lucy Berrington dalam majalah The Times
bertarikh 9 November 1993 di bawah tajuk The
Spread of a World Creed berkata: “Semakin ramai rakyat Britain terutamanya
daripada kalangan kaum wanita yang memeluk agama Islam. Jumlah mereka
dianggarkan antara 10.000 hingga 20,000 orang. Dijangkakan dalam tempoh 20
tahun jumlah ini akan mengatasi jumlah keseluruhan pendatang-pendatang asing
yang Muslim… Di Britain, antara wanita yang sudah memeluk Islam adalah anak
perempuan kepada hakim yang terkenal, Lord Scott. Mereka memilih Islam selepas
melihat gejala-gejala negatif melanda Barat dengan dahsyatnya, sebagai contoh
peningkatan kes-kes jenayah, keruntuhan sistem kekeluargaan, penyalahgunaan
dadah dan ketagihan arak. Di samping itu mereka juga kagum dengan disiplin
Islam di samping jaminan kesejahteraan hidup yang terdapat dalam ajarannya”.
Marc Ramirez dari Seattletimes dalam artikelnya yang
diterbitkan pada 24 Januari 1999 melaporkan,
“Dengan enam juta penganut-penganut Islam di Amerika, Islam menjadi agama yang paling cepat berkembang di Amerika”.
Pada bulan Mei 1995, Peter
Fray dalam The Sydney Morning Herald
melaporkan, golongan wanita dan Kristian di Sydney semakin berminat dengan
Islam melalui artikelnya yang bertajuk Why
Women and Christians Are Embracing Islam.
Chris L. Jenkins dari
Washington Post pula menulis sebuah artikel bertajuk Islam Luring More Latinos pada 7 Januari 2001. Di dalamnya beliau
mengatakan, golongan kulit hitam semakin berminat memeluk agama Islam di
Amerika dan jumlah mereka setakat ini berada dalam lingkungan 25,000 orang
terutamanya di kawasan New York, California Selatan dan Chicago.
Pada 20 Mei 2001, akhbar San Francisco Chronicle pula melaporkan,
“Ramai wanita di Boston memeluk agama Islam dan mereka berasa tenang mengamalkan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad”.
Pada 7 Oktober, 2002,
setahun selepas berlakunya tragedi 11 September, Jocelyn Wiener dari St. Petersburg Times melaporkan;
”Setiap tahun lebih kurang 20,000 orang memeluk agama Islam di Amerika“.
Dalam Palm Beach Post bertarikh 6 November 2002, di bawah tajuk Convert Finds Women’s Rights in Islam,
Elizabeth Clarke melaporkan;
“Empat belas tahun dahulu Mimi Ma bekas pelajar sekolah berasrama penuh di Indiana memeluk agama Islam ketika berumur 18 tahun. Beliau dilahirkan di Vietnam dan dibesarkan sebagai seorang penganut agama Buddha. Kemudian beliau berpindah ke Afrika dan di sana beliau menganut agama Kristian sebelum berpindah ke Amerika… Mengikut Altaf Ali, pengarah Majlis Hubungan Amerika-Islam yang berpusat di Florida, ‘Sebelum ini mereka yang memeluk agama Islam kebanyakannya adalah daripada golongan Afrika yang menetap di Amerika tetapi pada hari ini semakin ramai daripada kalangan kulit putih yang memeluk agama Islam. Ini adalah suatu perkembanagn yang pelik'.“WALLAHU A'LAM...
1 comment:
Salam,
Ada satu artikle yg menarik dalam http://kajian-quran.blospot.com/ yg menceritakan bagaimana matahari terbit dari barat.
ianya adalah berdasarkan 7 ayat quran.
Wassalam.
Post a Comment