Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Monday, September 21, 2009

KALIMAH BISMILLAH


Kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sukar untuk di ucapkan. Dalam hadith Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, meletak dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. kesimpulannya selalu membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut si suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji si isteri tersebut. Lalu suatu ketika si suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik". Lalu si isteri pun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada dirumah, maka si suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu dia kembali ke rumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan sebelum ini. Lalu si isteri pun masuk ke bilik dan dengan mengucapkan
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dia pun membuka pintu almari tempat dia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya. Melihat emas tersebut basah si isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu si suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan si isteri dengan tujuan untuk menguji dan mengetahui manfaat dari BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya, iaitu: Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik pakaian baru mahupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (golongan Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang2 terasa gatal dan tidak selesa. Memang kita boleh mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM adalah lebih untuk kaum wanita (lelaki juga) kerana banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya dirinya sendiri(wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin bunyinya seperti tidak masuk akal namun perkara ini benar. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya. Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita perolehi dari mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari.

Amin...



No comments: