Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Thursday, December 3, 2009

You Are Beautiful...


Ehem2... sape kah yang cantek and cute seperti dimaksudkan tersebut???
This time saye nk berkongsi  satu, emmm... ape bende ntah, artikel la kot kirenye ni... berkaitan dengan kekaguman tahap cipan beranak lapan (terlampau kagum) golongan2 Barat terhadap ajaran Islam relating their Femina (bahse Latin buat kaum Hawa or perempuan atau wanita).
Ok2, enough with d karut marut... the thing yg nak dikongsi tu sebna nye merupakan ape yang  R. Stevenson tulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. So, this is it...

Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malan di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian yang konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu: “Mengapa mereka berpakaian seperti itu...? Saya bersimpati dengan mereka...!” Ketiga-tiga wanita (Barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan. Kami alih pandangan kami kepada kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak menunjuk-nunjuk...? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami dapati wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik kaum lelaki atau wanita. Kami dapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi. Penonjolan seks dalam masyarakat kita menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara lebih jauh, mereka akan mendapati bukan keyakinan diri sebaliknya perasaan terdesak mendapat perhatian (yang menyebabkan wanita-wanita Barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki... Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam.

“Wanita yang berpegang teguh dengan pendirian mereka terhadap ajaran Islam tidak akan sesekali goyah menghadapi tohmahan dan usikan daripada orang lain. Mereka beramal dengan ilmu yang mereka miliki... Ingatlah ini apabila anda memandang pelik pada wanita2 Islam yang alim dan solehah.” Owh... yang ni saye kate sendiri... hehe... ape salahnye kan kalo kadang2 quote kate2 sendiri... (dah2, jangan nk merapek lg... Astaghfirullah...)
Tapi percayalah wahai kaum wanita sekalian... sesungguhnya Allah sendiri telah mengakui malah membuktikan keindahan dan kecantikan kalian di dalam al-Quran... kalo tak pecaye, cube la bukak and kaji dalam al-Quran tu... kalo cite pasal matahari, bulan and something yang indah je, musti gune ‘ha’ (untuk perempuan)... which mean, sifat indah itu berkait rapat dengan sifat wanita...btol x???
jagalah kalian akan keindahan yang dianugerahkan...
jangan berlebih-lebihan atau ‘berkurangan’ dalam berpakaian...
jadikan kesederhanaan sebagai ukuran...
justeru, nikmat yang dikurniakan tidak ditarik kembali oleh Tuhan...

WALLAHU A’LAM...

Saturday, November 28, 2009

MUST READ: Lelaki dan keegoannya...


*sila baca dgn nada insaf*


Kenapa lelaki selalu berkata kasar?
Kenapa lelaki egonya tinggi??
Kenapa??? kenapa ek...
Mengapakah???

What They Say About Muhammad


Micheal H. Hart: Dalam bukunya The 100: Ranking Of The Most Influential Persons In History, dia kata;

“Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan sesetengah pembaca dan akan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. (Saya memilihnya) sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu, keagamaan (spiritual) dan keduniaan. Daripada asal usul yang biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya tetap hebat dan masih terus berkembang.”

Profesor Jules Masserman: seorang tokoh dalam bidang ilmu psikologi (psychoanalyst) dari Amerika dan juga seorang Profesor di Universiti Chicago. Dalam majalah Time edisi Julai 15, 1974, beliau memberikan pandangan berhubung ciri2 yang perlu ada pada pemimpin yang agung. Katanya;

Saturday, November 21, 2009

What They Say About al-Quran


Rasa cam bez je nak kongsi this particular stuff… this is about apa yg tokoh2 barat (Mat Saleh) kata tentang al-Quran… mane la tau kan kalo2 ada yg tertarik hati jugak nak mengenali al-Quran after reading this post… coz orang zaman sekarang ni lebih suka dengar and percaya cakap Mat Saleh daripada kata2 penuh hikmah seorang mamat yang SOLEH (minah pn same la)… hehe
Adrian Brockett: Dalam Value of Hafs and Warsh Transmission of the Textual History of the Quran, Adrian Brocket kata;

Saturday, November 7, 2009

Our Behavior Is Our Savior


Again, its about AKHLAK guys… hari ni aku ada terbaca satu buku yg bertajuk ‘Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah’. Aku tertarik dengan bab ketiga from dis book – Kepentingan Akhlak Dalam Kehidupan. So, aku rasa cam bez je nak kongsi kat blog yg xseberapa ni… sebarang kekurangan adalah kerana kelemahan dan kejahilan penulis sendiri (penulis blog ni la). Olahan semula oleh aku, keep on reading…
Akhlak ni merupakan topik yg amat penting for discussion, peringatan dan amalan dalam mana2 bahagian cara hidup seorang muslim. So, setiap rangka ibadah, tak kira la yg khusus or yg umum, ijmali (ringkas) atau tafsili (terperinci) takkan terlepas from pengaruh akhlak. Sebab2 nye…

Friday, November 6, 2009

Peerz @ chumz


Tau ke nate gapo tajuk ni??? Of coz la agak kurang mngerti kan… Ok2, let me explain (walopon agak kureng paham sebeno nye)…

Peerz (peers) – ikut kamus org perlis, bermaksud rakan sebaya.

Chumz (chums) – ikut kamus bahse pasar perlis pulak, maksudnye sahabat atau close friends.

So, agak2 dah paham ke apa yg bakal disampaikan kat sini?
Yiezza, post kali ni nak cite pasal akhlak… (eh, jaoh benor la pulok dari tajuk rakan sebaya or sahabat ni…???)
Emm… bukan la jaoh mane pn, kan ke faktor rakan sebaya or sahabat ni undisputedly (tak dapat disangkal) boleh bawak pengaruh kepada akhlak seseorg atau individu… kadang2 sahabat atau rakan sebaya ni kuat benor pengaruhnye sampai overshadow (melebihi) pengaruh keluarga… kalo tak caye apa aku cakap, percayalah dengan firman Allah ni…

“Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?”
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!”
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".” (Surah al-Furqaan ayat 27 - 29)

Ada sebuah hadith gak yang cite pasal isu ni (sebuah je la yg aku ingat)…

“Seseorang itu akan mengikut agama kawannya oleh itu hendaklah dia melihat siapa yang hendak digaulinya.” (Hadith Riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Tak cukup dengan ayat Quran and Hadith, aku tambah lagi kata2 seorg tokoh false sampah (philosophy or falsafah) ni…

“Bersahabat dengan seseorang yang buruk perangai akan menjadikan seseorang itu berperangai buruk, mereka akan menjadi jahat sama seperti rakan-rakannya. Bersahabat dengan seseorang yang baik akan menjadikan seseorang itu berperangai baik, dia kan selalu bergaul dan akan bekerjasama, saling tiru-meniru diantara mereka.” (Aristotle)

Maka , jelas kan sekarang bahawa faktor sahabat ni bagi pengaruh yg amat besar kepada akhlak kalo nk banding dengan faktor2 lain… coz diorg ni mudah bergaul dan mudah jua menerima pengaruh (tak kire la dalam bentuk tiru gaya ke or berfikir).
Nak diingatkan kat sini bahawa kecenderungan mengikut ‘jalan’ (fahaman, pemikiran, emosi, kegemaran, perlakuan) rakan taulan ni amat2 memberi kesan kalo tak dapek dikawal or memang tak nak kawal.
John Dewey (entah sape tah mamat ni) kata:

“Akhlak tidak boleh dipelajari melainkan dengan cara amalan. Cara amalan inilah yang mudah mempengaruhi antara seseorang dengan rakan pergaulannya.”

Gile kot…!!! Mat saleh ni cakap pasal akhlak… haha… kalo mat saleh ni reti nak mengkaji pasal akhlak, kite sape ek kalo nak wat tak paham je dengan isu penting ni (apa nak jadi aku ni…), ish3…
Hence, aku menyeru diriku dan sape2 yg ade kaitan dgn masalah ni… marilah kite suma jadi sahabat yang terbaik buat sahabat2 kita (coz nak pilih sekarang mungkin agak terlambat untuk buang sahabat yang lame2…hehe – xde niat ye)…
Akhir kata, jom kita renung2 kan…

sape rakan sebaya kita??? Sape rakan se-BUAYA kita??? Sape rakan se-BAYAR kita??? (uih, yg nih agak bez… hihi)


-ilham dari sahabat, buat sahabat2…
WALLAHU A’LAM…

Monday, October 26, 2009

Jangan Sembunyi...!!!


“Ape barang maen sembunyi2 ni?? Tak best la camni…” kata kawanku kepadaku. Lalu aku menjawab dengan nada poyo penuh berirama,“owh, adakah aku menyembunyikan ia daripadamu wahai sahabatku?? Maafkan daku atas kegelojohanku mempelahap ilmu itu seorang diri… ”. ILMU??? Yep, mmg le ilmu yg sebenar2 ilmu yg dimaksudkan disini. Aku saje je buat dialog camtu. Baru la poyo benar introku itu… keh3…
Orait, sekarang baru nk masuk ke isi kandungan yg sebenornye. Actually aku nk cite pasal menyembunyikan ilmu. Menyembunyikan ilmu ni ialah org2 yg ada atau memiliki ilmu tapi bila org tanye kat dia satu persoalan (walopon dia tahu n paham soalan yg ditanya tu) tapi dia tak nak jawab atau jelaskan. Org kate: “Dia boleh buat tak paham je…??”
So, menyembunyikan ilmu ni sebenarnye besar skop dan pengertian nye. Sebab luas sgt topik perbincangan kite, jadi aku juz nk kongsi yg ni je la ye…
1-      TAK NAK jelaskan secara benar kpd org yang memerlukannya, maksudnye: org yg camni dia tak mahu jelaskn kat org laen coz tak nak kembangkan ilmu tu sendiri (ilmu tersebut). Reasonnya: “kalo aku cakap kat suma org ilmu yg aku ada ni, then bila suma org dh tau…mane tinggalnye special aku ni???”
2-      TAK NAK ajarkan kpd org lain pengetahuan yg dimilikinya, maksudnye: org yg camni dia juz ajar kat org laen yg dia nk je (dikehendakinya). Reasonnya: “aahh…mamat tu sengal je la, maleh aku nk ajar dia…baek aku ajar aweks cun ni or kroni2 aku je… lagi bez…”
3-      TAK NAK sebarkan ilmu pengetahuan yang semestinya diberikan kepada umat (untuk kepentingan org ramai). Contohnye ilmu fardhu ain dan ilmu2 yg same waktu dengannya.

Menyembunyikan ilmu ni jugak termasuk dalam dosa besar, sebabnye: boleh halang kemajuan umat dari segala bidang dan boleh menutup kebenaran. Kat bawah ni aku bagi firman2 Allah dalam al-Quran…
“Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” (Surah Fathir ayat 28)
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” (Surah al-Baqarah ayat 159)
“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu): Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya, lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruk tukaran yang mereka terima.” (Surah Ali Imran ayat 187)
Ayat2 tadi sebenarnye mula2 Allah nk ‘pangkah’ golongan pendeta2 Yahudi dan Nasrani yg menyembunyikan keterangan2 kitab suciNya (tentang kenabian Nabi Muhammad SAW dalam Taurat dan Injil). Tapi, kita as a thinking Muslim patut ambik iktibar n pengajaran dari ayat2 tersebut coz perbuatan2 camtu amat2 la keji n konpem dapat siksaan kat akhirat nanti (kalo buat camtu la).
Dalam Soalnya Hati ni… eh, silap lak… dalam soal menyembunyikan ilmu ni, kat dalam hadith2 Nabi pun ada cakap pasal seksaan n ancaman kepada org2 yg menuntut ilmu bukan kerana Allah tapi untuk cari kefamousan dan kepopularitian. Check it out…
“Barangsiapa menuntut ilmu supaya dikenal sebagai ulama’, untuk bertengkar dengan orang-orang yang bodoh atau supaya diterima (ditengah-tengah) manusia, maka nerakalah baginya”(dan dalam lafaz yang lain ia dimasukkan oleh Allah ke dalam neraka.) (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ditanya tentang sesuatu ilmu kemudian ia menyembunyikannya maka pada hari kiamat akan dikendalikan (diikat) mulutnya dengan kendali tali dari api neraka.” (Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata : bersabda Rasulullah SAW : Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu kemudian tidak memberikannya (kepada orang lain) adalah bagaikan orang yang menyimpan harta kemudian tidak menafkahkan sebahagian daripadanya.” (Hadith Riwayat At-Tabrani)
Dari Abu Said r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW : “Orang yang menyembunyikan ilmu maka dia mendapat kutukan dari segala sesuatu, sehingga ikan di laut dan burung di udara juga mengutuknya.” (Hadith Riwayat Abu Dzur)
“Jadilah kamu orang yang berilmu (sehingga dapat mengajarkan ilmu) atau orang yang mencari ilmu (pelajar) atau orang yang mencintai (ilmu). Dan jangan engkau menjadi orang yang kelima, maka engkau akan celaka.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
From d ayat2 n hadith2, jelas menunjukkan org2 yg sembunyikan ilmu ni diancam hukuman berat kat akhirat coz diorg ade tanggungjawab… tanggungjawab untuk menyebar luaskan ilmu, dats y bila diorg sembunyikan ilmu tu bermakna diorg dah abaikan tanggungjawab… maka berdosa besarlah mereka2 itu…
So, amacam??? Brani ke nak sembunyi ilmu lagi lepas ni??? (owh…aku sudah insaf dan bertaubat…-jawab suara hatiku penuh keihlasan buatan sendiri).

P/s – Kalo dah ade ilmu tu jangan la reti nak ajar kat orang je tau… pandai2 la amalkan sekali ye…
Dari Umar Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya nescaya ilmu tidak mahu bertambah melainkan (hanya) kesombongan belaka.” (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
Pepatah arab juga ada berkata:
“Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.”

Bersabda Rasulullah SAW : “Ilmu itu adalah (bahagian dari) tanda hidupnya (kejayaan) Islam, dan sebagai penegak iman. Barang siapa mengajarkan ilmu (kepada orang lain). Allah akan menyempurnakan pahala baginya, dan barang siapa menuntut ilmu dan mengajarkannya, Allah akan memberi pengetahuan baginya, terhadap apa yang belum diketahui.” (Hadith Riwayat Abu Saikhon)
WALLAHU A’LAM…

Friday, October 23, 2009

Lupakan diriku… Bukan diri-Nya…


ehemm2... catchy tak title post ni??? (agak ar, -jawabku tanpa rasa malu...). ok2, d exact real deal is actually about lupa kpd Allah. So, lupa kpd Allah ni maksudnye seseorg yg tidak lagi m'endahkan akan perintah2 dan larangan2 Allah, coz dh xde rasa takut kepadaNya sehingga menyebabkan dia buat sumthing m’ikut nafsu semata2. Orang yg mcm ni mmg Allah kate (firman) str8 je as org FASIQ dlm al-Quran.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Hijr ayat 19)
Lupa kpd Allah ni mmg le merupakan pintu dari segala pintu kemaksiatan; coz org yg lupa Allah ni amat2 la senang terjerumus ke dlm perbuatan dosa, sebab main control system atau sistem kawalan diri org ni dh loose. So dia rasa cam xde mende pun la kalo wat dosa ni -which leads to byk lg dosa2 yg lain. Then, mmg betul  n sgt tepat sekali kalo lupa kpd Allah buleh buat seseorg tu jadi FASIQ dan mende ni digolongkan sebagai DOSA BESAR.
Banyak gile kot sebab2 n faktor2 yg boleh buat manusia lupa kpd Allah ni... n sebab yg paling popular ialah: I LUV U DUNIA...!!! will u marry me??? (cintakan dunia)... n of coz hawa nafsu yg tidak dididik. Dats y la manusia ni suka cari kehidupan dunia je, kalo boleh nak buang perkataan AKHIRAT dari mane2 kamus kat dunia ni... pastu bile org tanya: “xingat akhirat ke?” bolehla jawab: “owh... wats dat??? Its not even in the dictionary, ok?!”
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)
Dalam ayat lain pulak, Allah saje nak bagi jalan keluar kpd org2 yang beriman supaya diorg tak terikut, hanyut dan terpengaruh atau ter’culture shock’ dgn org2 yg lupa kat Allah ni...
“Maka berpalinglah (wahai Muhammad)dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi.” (Surah an-Najm ayat 21)
Ayat ni bukan la bertujuan atau bermaksud kalo kita beriman kita kena tinggalkan dunia sama sekali (meninggalkan dunia??? Hehe...) atau nk suruh kita jadi cam sami2 kt tokong tu (Islam larang kot hidup cam sami tu; cam boley dapat akhirat je diorg tu...ish3). Islam suruh kita usaha dan ambik bahagian dalam kesenangan dunia sambil disertai zikir kpd Allah dan tidak lupa kepadaNya cam contoh kat bwh ni...
“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dan mengingati Allah dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (Surah an-Nur ayat 37)
Kesimpulannya, lupa kpd Allah ni besar pengaruhnye kpd mane2 individu yg tengah rancak dalam pergaulan, kecuali mereka yg beriman je yg tak buat mende2 tak senonoh ni...hik3... coz org2 yg beriman pasti mampu buat benteng untuk diri dia dari serangan lupa kpd Allah ni.
–sekali lagi diingatkan kpd diriku, DOSA BESAR ye... (haish...apa nk jadi?)             
WALLAHU A’LAM...

Wednesday, October 21, 2009

Riak ke???


al-Riak ni sebona eh satu penyakit 4 sifat ikhlas... sifat ikhlas boleh terhalang dengan adanya riak di dalam diri n jiwa seseorg. riak ni kire sifat yg berlawanan dgn sifat ikhlas le kalo nk senang ckp. based on al-Quran dan Sunnah, sifat riak ni boleh membatalkan amal soleh yg dh kite buat. so, the equation is like dis la
IKHLAS + RIAK = 0 (none)
RIAK - IKHLAS  =  DOSA
IKHLAS - RIAK = BAGUIH DOK ADA...hehe

Riak ni mmg le sifat yg amat2 tercela coz boleh mendatangkn dan melahirkan sifat2 buruk yg laen. kalo ade sifat riak ni, bukan sorg je leh hancur...if not controlled, masyarakat pn boleh lebur... nk tau nape?? (read n judge urself la...)

BAHASA: Menunjuk2 dalam setiap perlakuan (amal) di hadapan org laen.
SYARIE: Melakukan ibadah kpd Allah tp in d same time menunjuk2 di hadapan org laen.

syarat2 suatu aksi (perlakuan la..hehe) dikira Riak-
1- RIAK JASMANI - m'gunakan perkara2 dari tubuh badan utk mendapat nama.
cthnye:- kuruskn badan utk bg org nmpk cam ahli ibadah or saje2 pegi tunjal dahi sendiri coz nk bg ade kesan itam cam selalu sujud...

2- RIAK SIFAT - m'gunakan sifat2 tertentu seperti memakai serban dan jubah untuk bg org nampak cam alim.
"Ulama'-ulama' hari ini memilih utk tidak memakainya kerana ia dipakai oleh pelajar2 pesantren, sekolah agama, juga dipakai oleh pelakun dalam pementasan sempena hari besar Islam dan filem2 keagamaan, orang jahat dan keji juga memakainya bila diseret ke mahkamah. Jika dulu serban adalah pakaian ulama', tapi kerana ia meluas dipakai oleh orang yg tidak layak atau tidak berhak memakainya, atau orang yg menyamar memakainya, para ulama' kebanyakannya memilih utk tidak memakainya lagi. (Dr KH Ali Mustafa Yaakub MA, Hadis-hadis bermasalah, Kompilasi article dalam Majalah Amanah Jakarta) Serban boleh dipakai dgn syarat dihidupkan sunnah-sunnah yg lain. Kebelakangan ini wujud mereka yg berserban, berjanggut panjang tapi diburu kerana aktiviti keganasan dan pengeboman. Berserban dengan menghidupkan sunnah-sunnah memang menghidupkan tradisi keulamaan silam." http://www.masjidalmukarramah.org/artikel/Serban.htm
camne skrg??? alimkah serbanmu itu??? atau kamu???

3- RIAK PERKATAAN - yg ni ade kaitan dgn tutur kata atau ucapan.
cthnye:- b'kumat-kamit dgn istiqamahnye utk org anggap dia tgh berwirid or berzikir. (ntah2 lagu eminem yg yg dia tgh hafal kot...keh3)

4- RIAK PERBUATAN - yg ni jenis riak yg ditunjukkan dlm pergaulan (bukan bebas ye).
cthnye:- suka pilih2 kawan yg kaya, famous, hot, popular, alim, berpangkat, dan sebagainya.

so, kesimpulannye... jauhi la sifat2 yg membawa kpd riak ni. kalo kite riak pn tak kemane nye, kt dunia je org boleh puji2, org boleh sanjung2, org boleh pandang tinggi walaupun palsu semua amalan kita tu... kat akhirat???

"Barang siapa menghendaki dunia, Kami segerakan baginya di dunia apa-apa yang dikehendakinya untuk siapa yang Kami suka. Kemudian Kami adakan untuknya neraka jahannam, ia masuk kedalamnya, sedang ia tercela dan terusir." (Surah Al-Israak Ayat 18)

ape la gune nye kalo kite boleh riak kat dunia ni tapi hanya mampu teriak kat akhirat... baek kite teriak dulu kat dunia pastu beronggeng kat akhirat...(kpd sape2 yg xpaham, teriak ni maksudnye menangis atau org perlis kate crying or weeping...-bkn niat utk riak)

WALLAHU A'LAM...

Monday, October 19, 2009

BBQ Di AKHIRAT???



Kdg2 aku terpk bile tgk bara bbq tu… “adakah mungkin aku akan di barbeque jua di akhirat kelak???” (na’uzu billah min zaalik…) Maka aku pn tros cpt2 m’ajak sahabat2ku melancarkn aktiviti ‘usrah’ sprt slalu dilakukan…

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui”. (Surah an-Nur ayat 21)

So, kepada sahabat2ku dan aku dari kaum adam yg bakal terase renungkanlah ayat ni…

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.“ (Surah an-Nur ayat 30)

Dan kepada kaum hawa yg bakal merasakan...hehe... ade gak ayat utk direnung bersama...

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.“ (Surah an-Nur ayat 31)


“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar.“ (Surah an-Nur ayat 23)


Tak lupa juga kepada sape2 yg nk merasai...(ramai org suke ulang ayat ni xtau nape...hehe)

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.“ (Surah an-Nur ayat 26)


Kalo tgk balik ayat ni...mmg le Allah firman camtu, tp xde makne nye kalo yg reti membaca tu xreti nk ambik iktibar...Tuhan suruh jd baek utk dpt jodoh yg baek terlepas dari tuduhan yang burok dan utk dapatkn pengampunan, bukan suroh menjahatkan diri yg sedia jahat tuk dapat jodoh yang same taraf jahatnye dan xdapat pengampunan malah dituduh mcm2...bak kate Nabil, “Lu pk la sendiri...!!!“
Sekian, diharapkan apa yg baek itu dijadikan pedoman (trima kaseh kpd sahabat yg membetulkn tym tgh pening aritu...hihi...) dan segala yg xbaek n burok tu hanyalah sebagai satu reverse psychology kpd ilham2 yg mengajak kearah kebaikan...(selalunya wat benda2 baek ni boring sket...wallahu a‘lam) dan semoga apa yg kita ikrar dalam solat tiap2 ari tu jd pegangan dan panduan kita...

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku.“ (Surah al-An’am ayat 162-163)


Dan sedikit utk dikongsi utk sesiapa yg rasa dirinya ada kaitan...

“Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.“ (Surah an-Nur ayat 22)

WALLAHU A’LAM...

The un-jahanaming of The Jahanams…




Maka tersebutlah kisah, terdapat 6 org sahabat yg ditakdirkan bertemu disuatu komuniti yang menjahanamkn sesiapa jua yg bergiat aktif didalamnya... Al-kisah meriwayatkan bahawa mereka berenam ini pernah melalui zaman2   jahanam (zaman jahiliah) tersendiri. Maka terkumpulnya mereka ini telah meledakkan ajakan paradigma dimana masing2 bersepakat untuk sama2 menghindarkan diri daripada sebarang pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad yang membawa kepada registration ke majlis muzakkarah neraka jahannam (neraka mane2 pn lah…insyaAllah).

Setelah berhempas pulas mencari maksud di sebalik pertemuan ini, maka turunlah ilham kpd Tuan Guru Wan Azlan untuk melantik dirinya menjadi ketua clan (maaf la ye kalo agak hiperbola disini…kih3).
Di sebalik keheningan malam, terciptalah satu legasi yang menggegarkan kesepian kubah kuning. And there goes, the awakening of 6 Jahanam (walopon ade cubaan utk menodai nama tersebut sbg – The Jahanams…haha).
Moga2 persahabatan ini berkekalan hendaknya…diterajui oleh wan azlan…jgnlah kecundang ditengah jalan…sekian, trima kaseh..


P/S- Mungkin benar kata2 akak iparku; “Ni lah contoh budak culture shock… ade ke patut dia buat parti buih dgn kwn2…” (walopon nadanya seperti bergurau, tapi dlm gamba tu ape bende eh?? Cam buih je aku tgk…keh3)
-Dan mungkin benar kate abangku; “kalo nk wat parti buih asal xajak aku skali??? Dh blk umah pastu kuar balik…haish…” (owh, mungkin ayat td hanya rekaan semata2…hehe…tapi sedarlah wahai manusia, jgnlah kita melakukan atau mengucapkan suatu perkara yang boleh mendatangkn fitnah…coz people might juz believe wat other people said nowadays…dan dosa fitnah itu lebih teruk daripada dosa membunuh) WALLAHU A’LAM…
Ape2 pn, welcome to d club…(nasir n mon??? hik3)

FORMALITY = FINICKY


I’m bidding farewell to d formalities… cam dh tak larat lak nk mengformalkn diriku ini lg…haha…(sape la yg meng influence aku yg above suspicion ni…ish3) so, rasenye after this… post2 kt blog ni bkl merubah wajah kepada suatu yg lebey rileks n cool…tp masih mengekalkan sifat rendah diri dan xlupa daratannya…haha… Tp ade sbb gak post2 lame kt sini dikekalkn keaslian dan formalitinye… cube renung2kn ayat kt bwh ni…

(Ucapan mereka menyebabkan) mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.“ (Surah al-Nahl ayat 25)


Then tgk pulak yg ni…


Nabi SAW bersabda; “Sesiapa mengajak kepada petunjuk maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun. Dan sesiapa mengajak kepada kesesatan maka ia akan mendapat dosa seperti orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun.“ (Hadith Riwayat Muslim)


Takut weh...!!! gile kot...xsanggup diriku yg hina dina ini terpaksa menanggung dose org laen...dose sendiri pn ntah brape tan beratnye ni...haish...astaghfirullah...  
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.“ (Surah al-A’raf ayat 23)


Then, naseb baek aku ade terbace ayat ni...


“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“ (Surah al-Zumar ayat 53)


“Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“ (Surah an-Nur ayat 5)


Kan dh agak tenang sikit ati yang lara ni...hehe... ingat ye, jangan putus asa sahabat2ku...moh le kite jd org yg melaksanakan dan mengikuti jalan dakwah...kalo xboley byk sikit pn jd la ye...


“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.“ (Surah Ali Imran ayat 104)


WALLAHU A’LAM…

Wednesday, October 14, 2009

DOA SEBAGAI BEKALAN


 “Tuhan kami, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.” (Surah Ali Imran ayat 8)

 “Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi pemelihara bagi urusanku. Perbaikilah duniaku yang menjadi tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan kebaikan untukku. Jadikanlah mati sebagai yang menyenangkan atau yang melindungi dari semua kejahatan.” (Hadith Riwayat Muslim)

 “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon segala sesuatu kebaikan seperti yang dipohonkan oleh Nabi-Mu, Kekasih-Mu, Utusan-Mu dan Hamba-Mu Muhammad SAW. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan dan kejahatan sebagaimana perlindungan yang dipohon oleh Nabi-Mu, Kekasih-Mu, Rasul-Mu dan Hamba-Mu Muhammad SAW.”

 “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon syurga-Mu dan segala kenikmatannya, dan juga sesuatu yang dapat mendekatkan kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada neraka dan sesuatu yang boleh mendekatkan kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad.”

 “Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan padaku dalam kekuasaan-Mu, masukkanlah aku dalam kasih sayang-Mu, putuskanlah ajal kematianku dalam berbakti pada-Mu, akhirilah aku dengan amal kebaikanku dan jadikanlah pahalanya itu berupa syurga.”

“Ya Allah. Perkayakanlah diriku dengan ilmu pengetahuan dan indahkanlah aku dengan sifat lapang dada, muliakanlah aku dengan taqwa dan baguskanlah aku dengan sihat wala’fiat”

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada hati yang tidak khusyu’ dan dari doa yang tidak didengar(tidak dikabulkan) dan dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas) dan dari ilmu pengetahuan yang tidak bermanfaat.”

“Ya Allah, berikanlah cahaya dalam hatiku, cahaya dalam lidahku, cahaya dalam penglihatanku, cahaya dalam pendengaranku, cahaya dari kananku, cahaya dari kiriku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya dari mukaku, cahaya dari belakangku, juga cahaya itu dalam diriku dan pula besarkanlah cahaya itu untukku.”
WALHAMDU LILLAAHI RABBIL A’ALAMIIN…