Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Saturday, November 7, 2009

Our Behavior Is Our Savior


Again, its about AKHLAK guys… hari ni aku ada terbaca satu buku yg bertajuk ‘Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah’. Aku tertarik dengan bab ketiga from dis book – Kepentingan Akhlak Dalam Kehidupan. So, aku rasa cam bez je nak kongsi kat blog yg xseberapa ni… sebarang kekurangan adalah kerana kelemahan dan kejahilan penulis sendiri (penulis blog ni la). Olahan semula oleh aku, keep on reading…
Akhlak ni merupakan topik yg amat penting for discussion, peringatan dan amalan dalam mana2 bahagian cara hidup seorang muslim. So, setiap rangka ibadah, tak kira la yg khusus or yg umum, ijmali (ringkas) atau tafsili (terperinci) takkan terlepas from pengaruh akhlak. Sebab2 nye…

Akhlak ni adalah garis pemisah antara yg berakhlak (baik budi pekerti) dengan yg tidak berakhlak (jahat… na’uzu billah). Firman Allah:


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf ayat 179)

 Akhlak merupakan roh bagi Islam. Agama without akhlak ibarat body wihout nyawa. So, salah satu mision yg Rasulullah SAW bawa ialah untuk membina semula foundation of akhlak manusia yg telah runtuh sejak zaman nabi2 yg previous sebab diorg sembah al-Asnamwa al-Ausan (pengikut diorg je la… -suke sgt menyeleweng agama). Zaman jahiliah pun jadi camtu gak, keruntuhan akhlak manusia disebabkan diorg mewarisi perangai umat2 yg terdahulu la - minum arak beli kat 7/11, buang anak kat dalam longkang masjid, bunuh org sebab xbayar hutang, buat zalim sesuka hati, tindas org secukup rasa, pulaukan org2 yg tak same cool etc. (mintak maap kalo contoh agak up-to-date). Ada beza ke mereka2 yg xde akhlak ni dengan yg xde agama???
Akhlak juga merupakan nilai (bukan yg kat n9 tu ye) yg boleh bagi lifetime guarantee from api neraka. Senang kate, dalam Islam ni kalo sape yg xde akhlak kirenye dia telah memenangi one-way ticket ke neraka (free of charge, duty stamp pn xde). As a contoh, kalo la org tu suke sangat2 buat maksiat, pastu derhaka lak dengan mak bapak dia, stil xcukup dengan suma tu, dia buat zalim pulak dengan merogol kambing2 ditepi jalanan dan membunuh cipan2 yg lari bertempiaran (eh, terlebey sudah). Then, of coz la kn konpem Allah menidakkan hak beliau untuk ke syurga. Maka masuk la beliau ke neraka…
As a matter of facts, akhlak ni merupakan ciri2 kelebihan yg differentiate a human from another human – lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorg manusia yg ada akal (kalo xde akal namenye beruk atau nama lainnya orang  utan). Tak nak caye cakap aku xpe la… biar Nabi Muhammad SAW sendiri yg bagi kite paham sendiri dalam sabda baginda:

“Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya.”

Ada rasa nak melawan??? Hehe…

“Kekalnya sesuatu ummah kerana kukuh akhlaknya dan sebaliknya runtuh sesuatu ummah itu kerana lemah akhlaknya.”

The truth behind dis statement memang amat jelas dalam kisah2 sejarah dan tamadun manusia dalam al-Quran. Tengok la kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Allah Ibrahim,Bani Israel dan banyak lagi kot (nak detail lagi tengok la keliling kita sekatang ni – lakonan semula keruntuhan akhlak yg amat berjaya). Nak heran ape kan? memang dah hakikat undang2 Allah untuk manusia dalam kehidupan pun…

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.”  (Surah al-An’aam ayat 11)

“Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah, kerana itu berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).” (Surah ali-Imran ayat 137)

-sedikit explanation, yg dimaksudkan dengan sunah Allah kat sini ialah hukuman Allah yg turun dalam bentuk malapetaka atau bencana yg ditimpakan kpd org yg dustakan rasul.
So, kalo satu ummah tu nak jadi tough(kukuh ye, bukan sasa atau tegap) kena la berpandukan kepada sunah (undang2) Allah. Contoh ummah yg berakhlak tinggi dan yg sentiasa dapat keredhaan dan perlindungan Allah ialah seperti ummah Madinah pada zaman Rasulullah.
Ketidakhadiran (bukan ke kelas) akhlak baik pada diri individu or masyarakat akan menyebabkan berlaku krisis dalaman dan luaran macam krisis nilai diri (bukan dalam RM), keruntuhan tangga rumah (eh, rumah tangga), masyarakat belia yg mundur and last but not least… boleh menghancurkan negara. Even presiden Perancis yg dulu pun penah kata:

“Kekalahan Perancis di tangan Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak”

Dalam Islam, tamadun manusia berasaskan kepada akhlak yg murni tapi tamadun dunia sekarang ni tengah mengahala ke arah kehancuran akhlak. So, the need for akhlak dalam kehidupan seseorg ialah untuk mengharmonikan (menyatupadukan dan diadun sebati) diantara ketamadunan manusia dengan ketamadunan dunia.
WALLAHU A’LAM…

No comments: