Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Saturday, November 28, 2009

MUST READ: Lelaki dan keegoannya...


*sila baca dgn nada insaf*


Kenapa lelaki selalu berkata kasar?
Kenapa lelaki egonya tinggi??
Kenapa??? kenapa ek...
Mengapakah???


Lelaki itu dijadikan Tuhan berjiwa besar bukannya kasar...
Egonya tinggi melangit...

namun bukan bertujuan mahukan persaingan sengit...
Mudah mengharapkan orang lain meminta maaf...
tetapi sukar sekali baginya menghulurkan kata maaf...
Semua ini supaya mereka tidak nampak lemah di sisi pasangan mereka...
Selesakah kamu wahai wanita bersama lelaki yang terlalu ‘obses’ meminta maaf dan terlalu 'control' akan diri mereka???

Meluat bukan???
Untungnya, itu bukanlah satu azab dari Tuhan...
Tetapi anggaplah ianya satu rahmat...
melalui perbezaan itu, tersembunyi satu rahmat...
Rahmat dari Tuhan Yang Maha Mengetahui...

maka pandanglah perbezaan itu dari mata hati...
Bukannya dari mata kepalamu...
Kerana Syaitan itu suka bergayut di situ...
Sambil menghembuskan kata2 hasutan durjana...

pada organ yang bernama telinga...

Lupakah kamu sirah Allah S.W.T menjadikan Nabi Adam???

Bukankah disebalik kesunyian, Nabi Adam telah didatangi suatu ilham???
Ternyata, Nabi Adam pun perlukan teman hidup juga...
bagi menemani dirinya yang keseorangan di dalam syurga...
Mahukan seorang teman yang bisa bergurau senda...

malah berkongsi kasih sayang tak kira dimana jua...
Namun, pernahkah Nabi Adam meminta seorang teman bagi dirinya drpd Allah S.W.T?
Ternyata... Allah Yang Maha Mengetahui lagi Mengasihani mencipta Hawa tanpa dipinta...
Maka, tidakkah terlintas diminda... mengapa Hawa dicipta???
Tidakkah kamu berfikir secara mendalam...

mengapa Allah S.W.T tidak menjadikan seorang lagi lelaki untuk menemani Adam???
Tidakkah kamu terfikir...
mengapa Hawa itu dijadikan daripada tulung rusuk Adam???
bukan daripada anggota lain yang pelbagai macam???

Masakan boleh 2 org laki2 berkongsi hidup?

jika porak peranda dunia kerananya... siapa pula yg sanggup???
Banyak sangat pertelingkahan nanti...

janggal pula nanti Nabi Adam di syurga bertemankan lelaki...
Hati lelaki itu dijadikan Allah S.W.T sekeras-kerasnya...

sekeras mana pun ia... ia bisa cedera...
Maka, Siapa pula pelindung Sang Hati tatkala ditusuk???

bukankah tulang rusuk???

Sudah 313 Rasul diturunkah Allah...
beribu Nabi diwahyukan sudah...
Mengapa mesti semuanya lelaki???

tidak bolehkah ada walau seorang perempuan menjadi Rasul atau Nabi???
Hati lelaki itu dijadikan keras...

supaya mereka tidak berputus asa dan bersifat jelas...
Akal lelaki itu dijadikan berpandangan jauh...

supaya agama Allah boleh maju dan pergi jauh...
Akal lelaki ini fokus...

supaya dakwah agama Allah tidak lekang di hati dan tidak pula putus...

Terimalah kekerasan hati seorang lelaki itu sebagai nikmat di dunia...

kerana ketegasan itu penting dalam rumah tangga...
Supaya ia bisa memimpin keluarganya kelak dengan sempurna...
Hati perempuan itu lembut...

supaya anak2 ingin dekat tanpa dijemput...
Mententeramkan hati Si Anak yang mungkin terluka...
dek kerana ketegasan Si Bapa...
Siapa yang mendapat faedahnya kelak??? 

bukankah Si Anak???

Lelaki itu sukar menghulurkan kata maaf???
Lebih elok begitu rasanya,

kerana mereka lebih practical... 
bukannya verbal...
Hati perempuan itu mungkin lebih sensitif...

maka berfikirlah dgn mata hati bukannya intuitif...
Kerana
selepas itu, sebenarnya setiap gerak geri, tingkah laku, sikap dan perbuatan sang jejaka... 
adalah cara mereka meluahkan perasaan maaf mereka....
Bukannya lelaki x ambil peduli perasaan teman...

mungkin caranya itu tidak dizahirkan...
Tidak seperti yang wanita fikirkan...
Kami tidak mahu dipandang lemah...

bagi seorang lelaki, itu lumrah...
Tapi tidak bermakna kami tidak pernah merasa bersalah,
Percayalah... jiwa seorang lelaki itu lembut walaupon hati mereka keras...
Buktinya??? Percayalah... setiap kali selepas bapa kamu menegur mahupun memarahi kamu...
Malam sebelum melelapkan mata, bapamu akan bertanya kepada ibu kamu perihal si anak...
Sambil disuruhnya si ibu itu memujuk si anak....
Dan keesokan harinya... si bapa akan bertanya lagi si ibu perihal si anak...
Dan soalan yang sama akan diulang tanpa dia sedar...

sehinggalah si bapa benar2 yakin si anak  itu bisa mendengar...
Tak percayakah kamu??? angkat la telefon dan tanya ibumu....

Janganlah difikirkan yang kami tidak ambil peduli...
Cuma kami tidak suka mengungkap kembali perkara yang sudah terjadi...

Janganlah difikirkan yang kami tidak pernah kisah...
Cuma kami takut luka lama berdarah kembali dan terus bernanah...

ouuhhh... sakit bukan???

Kami tahu... perempuan itu sukakan perhatian...
Akan tetapi... berpada-padalah wahai si cantik...

Kerana Syaitan itu sangat licik....
Perhatian itu bisa ia belitkan menjadi kesempatan,

meruntuhkan segunung keimanan...
Di dalam al-Quran mungkin pernah kamu terbaca..
bahawa ramai perempuan penghuni di neraka...
tetapi, adakah Allah berfirman bahawa cuma sedikit lelaki di neraka???

Ternyata tiada dalilnya...
baik atau buruk seorang perempuan itu kerana seorang lelaki...

bernama bapa ataupun suami....
kerana perempuan itu tanggungjawab mereka...
Jika mereka ke neraka... 

maka ramai jugalah lelaki yang ke sana... 
Dek kerana mengabaikan tanggungjawab mereka...
jika dikira... seorang perempuan ke neraka....
2 orang lelaki akan turut serta ke neraka menyusuli Si Anak atau Isteri...
Seorang bernama Bapa... seorang lagi bernama Suami...

Di dalam al-Quran itu ada Surah An-Nisaa'...

carilah Surah Ar-Rijal, jumpa tak???
kerana perempuan itu istimewa di sisi Ilahi...
dan percayalah... perempuan itu sebenarnya istimewa jua di hati seorang lelaki....
namun, tidak bermakna mereka mestilah sentiasa mendapat layanan istimewa...
berpada-padalah melayan kehendak jiwa...
kerana Syaitan itu suka memujuk rayu pada wanita...
masih ingat lagi kisah Adam dan Hawa???
Sejarah sudah pun membuktikan...
mungkin kadang kala bersikap tegas dan ego itu perlu dipraktikkan....



Dan percayalah... lelaki itu tidak suka perempuan yang mereka sayangi tenggelam dalam lembah kehinaan...
jika ianya terjadi, malunya bukan kepalang bagi mereka...

seolah2 dipandang hina oleh dunia...
Sayang seorang lelaki kepada perempuan bukanlah dengan pujuk rayu...
jika ada lelaki begitu... tinggalkan lah, dia bukan yang terbaik buatmu...
Sayang seorang lelaki itu adalah dengan keperihatinan mereka...

keprihatinan yang dilafazkan dengan tingkah laku...
bukannya kata2 yang menawan kalbu...
Percayalah... itulah sebaik2 lelaki bagi kamu...


PS - da habes baca mesti senyum... nescaya kamu akan terfikir akan kebenarannya... =)
- copied from my fren’s note, edited by my frenzy mode... hehe

WALLAHU A’LAM...

1 comment:

OyOp said...

da bace..masih same...=)