Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Saturday, November 28, 2009

What They Say About Muhammad


Micheal H. Hart: Dalam bukunya The 100: Ranking Of The Most Influential Persons In History, dia kata;

“Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan sesetengah pembaca dan akan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. (Saya memilihnya) sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu, keagamaan (spiritual) dan keduniaan. Daripada asal usul yang biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya tetap hebat dan masih terus berkembang.”

Profesor Jules Masserman: seorang tokoh dalam bidang ilmu psikologi (psychoanalyst) dari Amerika dan juga seorang Profesor di Universiti Chicago. Dalam majalah Time edisi Julai 15, 1974, beliau memberikan pandangan berhubung ciri2 yang perlu ada pada pemimpin yang agung. Katanya;


“Seorang pemimpin perlu melaksanakan  tiga fungsi penting iaitu, memelihara kesejahteraan pengikut-pengikutnya, mewujudkan suatu sistem sosial yang selamat lagi terjamin serta menyemaikan suatu nilai kepercayaan supaya diikuti. Tokoh-tokoh seperti Pasteur dan Salk boleh dikategorikan sebagai pemimpin kumpulan yang pertama. Alexander, Caesar, dan Hitler pula boleh dianggap sebagai pemimpin kumpulan kedua dan mungkin juga ketiga. Pemimpin yang paling unggul dalam sejarah ialah Muhammad kerana beliau melaksanakan ketiga-tiga fungsi ini, diikuti dengan Musa.”

George Bernard Shaw: seorang tokoh dari Dublin dan dalam buku The Genuine Islam dia kata;

“Saya sentiasa menyanjung agama yang dibawa Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya. Ia adalah satu-satunya agama yang, pada pandangan saya, mempunyai kemampuan supaya disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang sering berlaku dalam hidup justeru menjadikannya menonjol pada setiap zaman. Saya telah mengkaji mengenainya, iaitu lelaki yang hebat itu (Nabi Muhammad), dan pada pandangan saya beliau bukannya seorang yang anti-Nabi Isa sebaliknya beliau sepatutnya digelar sebagai Penyelamat Bagi manusia.”

Profesor Ramakrishna Rao: seorang dekan di salah satu Pusat Pengajian di Universiti Mysore, India. Dalam buku Islam And Modern Age, dia kata;

“Jika keunggulan seseorang terletak kepada kemampuannya membersihkan masyarakat daripada keganasan serta kerendahan akhlak dan budi serta mengangkat mereka menjadi pemegang obor tamadun dan keilmuan, dia (Muhammad) memang layak dikatakan unggul. Jika keunggulan terletak kepada kemampuan mengikat tali persaudaraan yang kukuh dalam masyarakat yang selama ini dipenuhi persengketaan dan pergeseran, beliau juga layak dikatakan unggul. Jika keunggulan terletak kepada kejayaan menukar kepercayaan sesebuah masyarakat daripada belenggu ikutan jahiliah dan kesesatan kepada suatu kepercayaan yang murni, beliau berjaya melakukannya ke atas jutaan manusia. Jika keunggulan berkait rapat dengan akhlak yang tinggi, beliau memang dikenali oleh kawan dan lawan sebagai al-ameen. Jika keunggulan dikaitkan dengan kemampuan mengalahkan musuh, beliau adalah seorang anak yatim yang akhirnya berjaya menjadi seorang pemimpin yang setanding dengan Maharaja Rom dan Parsi serta mampu mengasaskan sebuah empayar yang besar yang mampu bertahan selama 14 abad. Jika ketaatan dan ketundukan adalah syarat kepada keunggulan, sebutan namanya sahaja akan mendatangkan hormat dan ketundukan di hati jutaan manusia di seluruh dunia.”

Actually banyak lagi statement2 yang macam ni dibuat tokoh2 bukan Islam zaman sekarang tentang keperibadian Nabi Muhammad. Overall, semua memang sah2 dah approve baginda Nabi Muhammad sebagai seorang insan unggul yang tiada tolok bandingannya dan MESSAGE yang dibawa baginda adalah mesej yang mampu menyelesaikan masalah hidup manusia.
So, dah dapat ke ape mesej yang nak disampaikan?
Jangan le asyik nak main mesej (SMS) cinta & jiwang je keja nye...
Cuba la bawak2 tengok balik suma mesej yang dah disampaikan Nabi kita yang terCINTA pulak...

WALLAHU A’LAM...

No comments: