*sila
baca dgn nada insaf*
Kenapa lelaki selalu berkata kasar?
Kenapa lelaki egonya tinggi??
Kenapa??? kenapa ek...
Mengapakah???
Kenapa lelaki selalu berkata kasar?
Kenapa lelaki egonya tinggi??
Kenapa??? kenapa ek...
Mengapakah???
Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...
“Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan sesetengah pembaca dan akan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. (Saya memilihnya) sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu, keagamaan (spiritual) dan keduniaan. Daripada asal usul yang biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya tetap hebat dan masih terus berkembang.”
Peerz (peers) – ikut kamus org perlis, bermaksud rakan sebaya.
Chumz (chums) – ikut kamus bahse pasar perlis pulak, maksudnye sahabat atau close friends.
“Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?”
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!”
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".” (Surah al-Furqaan ayat 27 - 29)
“Seseorang itu akan mengikut agama kawannya oleh itu hendaklah dia melihat siapa yang hendak digaulinya.” (Hadith Riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah)
“Bersahabat dengan seseorang yang buruk perangai akan menjadikan seseorang itu berperangai buruk, mereka akan menjadi jahat sama seperti rakan-rakannya. Bersahabat dengan seseorang yang baik akan menjadikan seseorang itu berperangai baik, dia kan selalu bergaul dan akan bekerjasama, saling tiru-meniru diantara mereka.” (Aristotle)
“Akhlak tidak boleh dipelajari melainkan dengan cara amalan. Cara amalan inilah yang mudah mempengaruhi antara seseorang dengan rakan pergaulannya.”
sape rakan sebaya kita??? Sape rakan se-BUAYA kita??? Sape rakan se-BAYAR kita??? (uih, yg nih agak bez… hihi)
1- TAK NAK jelaskan secara benar kpd org yang memerlukannya, maksudnye: org yg camni dia tak mahu jelaskn kat org laen coz tak nak kembangkan ilmu tu sendiri (ilmu tersebut). Reasonnya: “kalo aku cakap kat suma org ilmu yg aku ada ni, then bila suma org dh tau…mane tinggalnye special aku ni???”
2- TAK NAK ajarkan kpd org lain pengetahuan yg dimilikinya, maksudnye: org yg camni dia juz ajar kat org laen yg dia nk je (dikehendakinya). Reasonnya: “aahh…mamat tu sengal je la, maleh aku nk ajar dia…baek aku ajar aweks cun ni or kroni2 aku je… lagi bez…”
3- TAK NAK sebarkan ilmu pengetahuan yang semestinya diberikan kepada umat (untuk kepentingan org ramai). Contohnye ilmu fardhu ain dan ilmu2 yg same waktu dengannya.
“Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” (Surah Fathir ayat 28)
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” (Surah al-Baqarah ayat 159)
“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu): Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya, lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruk tukaran yang mereka terima.” (Surah Ali Imran ayat 187)
“Barangsiapa menuntut ilmu supaya dikenal sebagai ulama’, untuk bertengkar dengan orang-orang yang bodoh atau supaya diterima (ditengah-tengah) manusia, maka nerakalah baginya”(dan dalam lafaz yang lain ia dimasukkan oleh Allah ke dalam neraka.) (Hadith Riwayat Tirmidzi)
“Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ditanya tentang sesuatu ilmu kemudian ia menyembunyikannya maka pada hari kiamat akan dikendalikan (diikat) mulutnya dengan kendali tali dari api neraka.” (Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
“Dari Abu Hurairah r.a. berkata : bersabda Rasulullah SAW : Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu kemudian tidak memberikannya (kepada orang lain) adalah bagaikan orang yang menyimpan harta kemudian tidak menafkahkan sebahagian daripadanya.” (Hadith Riwayat At-Tabrani)
“Dari Abu Said r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW : “Orang yang menyembunyikan ilmu maka dia mendapat kutukan dari segala sesuatu, sehingga ikan di laut dan burung di udara juga mengutuknya.” (Hadith Riwayat Abu Dzur)
“Jadilah kamu orang yang berilmu (sehingga dapat mengajarkan ilmu) atau orang yang mencari ilmu (pelajar) atau orang yang mencintai (ilmu). Dan jangan engkau menjadi orang yang kelima, maka engkau akan celaka.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Dari Umar Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya nescaya ilmu tidak mahu bertambah melainkan (hanya) kesombongan belaka.” (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
“Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.”
“Bersabda Rasulullah SAW : “Ilmu itu adalah (bahagian dari) tanda hidupnya (kejayaan) Islam, dan sebagai penegak iman. Barang siapa mengajarkan ilmu (kepada orang lain). Allah akan menyempurnakan pahala baginya, dan barang siapa menuntut ilmu dan mengajarkannya, Allah akan memberi pengetahuan baginya, terhadap apa yang belum diketahui.” (Hadith Riwayat Abu Saikhon)
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Hijr ayat 19)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)
“Maka berpalinglah (wahai Muhammad)dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi.” (Surah an-Najm ayat 21)
“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dan mengingati Allah dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (Surah an-Nur ayat 37)
"Ulama'-ulama' hari ini memilih utk tidak memakainya kerana ia dipakai oleh pelajar2 pesantren, sekolah agama, juga dipakai oleh pelakun dalam pementasan sempena hari besar Islam dan filem2 keagamaan, orang jahat dan keji juga memakainya bila diseret ke mahkamah. Jika dulu serban adalah pakaian ulama', tapi kerana ia meluas dipakai oleh orang yg tidak layak atau tidak berhak memakainya, atau orang yg menyamar memakainya, para ulama' kebanyakannya memilih utk tidak memakainya lagi. (Dr KH Ali Mustafa Yaakub MA, Hadis-hadis bermasalah, Kompilasi article dalam Majalah Amanah Jakarta) Serban boleh dipakai dgn syarat dihidupkan sunnah-sunnah yg lain. Kebelakangan ini wujud mereka yg berserban, berjanggut panjang tapi diburu kerana aktiviti keganasan dan pengeboman. Berserban dengan menghidupkan sunnah-sunnah memang menghidupkan tradisi keulamaan silam." http://www.masjidalmukarramah.org/artikel/Serban.htm
"Barang siapa menghendaki dunia, Kami segerakan baginya di dunia apa-apa yang dikehendakinya untuk siapa yang Kami suka. Kemudian Kami adakan untuknya neraka jahannam, ia masuk kedalamnya, sedang ia tercela dan terusir." (Surah Al-Israak Ayat 18)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui”. (Surah an-Nur ayat 21)
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.“ (Surah an-Nur ayat 30)
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.“ (Surah an-Nur ayat 31)
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar.“ (Surah an-Nur ayat 23)
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.“ (Surah an-Nur ayat 26)
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku.“ (Surah al-An’am ayat 162-163)
“Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.“ (Surah an-Nur ayat 22)
“(Ucapan mereka menyebabkan) mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.“ (Surah al-Nahl ayat 25)
Nabi SAW bersabda; “Sesiapa mengajak kepada petunjuk maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun. Dan sesiapa mengajak kepada kesesatan maka ia akan mendapat dosa seperti orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun.“ (Hadith Riwayat Muslim)
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.“ (Surah al-A’raf ayat 23)
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“ (Surah al-Zumar ayat 53)
“Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“ (Surah an-Nur ayat 5)
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.“ (Surah Ali Imran ayat 104)