Micheal
H. Hart: Dalam bukunya The 100: Ranking
Of The Most Influential Persons In History, dia kata;
“Pemilihan Muhammad sebagai
tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan sesetengah
pembaca dan akan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. (Saya memilihnya)
sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua
bidang iaitu, keagamaan (spiritual) dan keduniaan. Daripada asal usul yang
biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di
dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad
selepas kewafatan beliau, pengaruhnya tetap hebat dan masih terus berkembang.”
Profesor
Jules Masserman: seorang tokoh dalam bidang ilmu psikologi (psychoanalyst) dari
Amerika dan juga seorang Profesor di Universiti Chicago. Dalam majalah Time edisi Julai 15, 1974, beliau
memberikan pandangan berhubung ciri2 yang perlu ada pada pemimpin yang agung. Katanya;
Rasa cam bez je nak kongsi this particular stuff…
this is about apa yg tokoh2 barat (Mat Saleh) kata tentang al-Quran… mane la
tau kan kalo2 ada yg tertarik hati jugak nak mengenali al-Quran after reading
this post… coz orang zaman sekarang ni lebih suka dengar and percaya cakap Mat
Saleh daripada kata2 penuh hikmah seorang mamat yang SOLEH (minah pn same la)…
hehe
Adrian Brockett: Dalam Value of Hafs and Warsh Transmission of the Textual History of the
Quran, Adrian Brocket kata;
Again, its about AKHLAK guys… hari ni aku ada terbaca satu
buku yg bertajuk ‘Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah’. Aku tertarik dengan bab
ketiga from dis book – Kepentingan Akhlak Dalam Kehidupan. So, aku rasa cam bez
je nak kongsi kat blog yg xseberapa ni… sebarang kekurangan adalah kerana
kelemahan dan kejahilan penulis sendiri (penulis blog ni la). Olahan semula
oleh aku, keep on reading…
Akhlak ni merupakan topik yg amat penting for discussion,
peringatan dan amalan dalam mana2 bahagian cara hidup seorang muslim. So,
setiap rangka ibadah, tak kira la yg khusus or yg umum, ijmali (ringkas) atau
tafsili (terperinci) takkan terlepas from pengaruh akhlak. Sebab2 nye…
Tau ke nate gapo tajuk ni??? Of coz la agak kurang mngerti
kan… Ok2, let me explain (walopon agak kureng paham sebeno nye)…
Peerz (peers) – ikut kamus org perlis, bermaksud rakan
sebaya.
Chumz (chums) – ikut kamus bahse pasar perlis pulak, maksudnye
sahabat atau close friends.
So, agak2 dah paham ke apa yg bakal disampaikan kat sini?
Yiezza, post kali ni nak cite pasal akhlak… (eh, jaoh benor
la pulok dari tajuk rakan sebaya or sahabat ni…???)
Emm… bukan la jaoh mane pn, kan ke faktor rakan sebaya or
sahabat ni undisputedly (tak dapat disangkal) boleh bawak pengaruh kepada
akhlak seseorg atau individu… kadang2 sahabat atau rakan sebaya ni kuat benor
pengaruhnye sampai overshadow (melebihi) pengaruh keluarga… kalo tak caye apa
aku cakap, percayalah dengan firman Allah ni…
“Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim
menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata:
"Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar
bersama-sama Rasul?”
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak
mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!”
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan
peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu
sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".”
(Surah al-Furqaan ayat 27 - 29)
Ada sebuah hadith gak yang cite pasal isu ni (sebuah je la
yg aku ingat)…
“Seseorang itu akan mengikut agama kawannya oleh itu
hendaklah dia melihat siapa yang hendak digaulinya.” (Hadith Riwayat Abu Daud
daripada Abu Hurairah)
Tak cukup dengan ayat Quran and Hadith, aku tambah lagi
kata2 seorg tokoh false sampah (philosophy or falsafah) ni…
“Bersahabat dengan seseorang yang buruk perangai akan
menjadikan seseorang itu berperangai buruk, mereka akan menjadi jahat sama
seperti rakan-rakannya. Bersahabat dengan seseorang yang baik akan menjadikan
seseorang itu berperangai baik, dia kan selalu bergaul dan akan bekerjasama,
saling tiru-meniru diantara mereka.” (Aristotle)
Maka , jelas kan sekarang bahawa faktor sahabat ni bagi
pengaruh yg amat besar kepada akhlak kalo nk banding dengan faktor2 lain… coz
diorg ni mudah bergaul dan mudah jua menerima pengaruh (tak kire la dalam
bentuk tiru gaya ke or berfikir).
Nak diingatkan kat sini bahawa kecenderungan mengikut
‘jalan’ (fahaman, pemikiran, emosi, kegemaran, perlakuan) rakan taulan ni amat2
memberi kesan kalo tak dapek dikawal or memang tak nak kawal.
John Dewey (entah sape tah mamat ni) kata:
“Akhlak tidak boleh dipelajari melainkan dengan cara amalan.
Cara amalan inilah yang mudah mempengaruhi antara seseorang dengan rakan
pergaulannya.”
Gile kot…!!! Mat saleh ni cakap pasal akhlak… haha… kalo mat
saleh ni reti nak mengkaji pasal akhlak, kite sape ek kalo nak wat tak paham je
dengan isu penting ni (apa nak jadi aku ni…), ish3…
Hence, aku menyeru diriku dan sape2 yg ade kaitan dgn masalah
ni… marilah kite suma jadi sahabat yang terbaik buat sahabat2 kita (coz nak
pilih sekarang mungkin agak terlambat untuk buang sahabat yang lame2…hehe – xde
niat ye)…
“Ape barang maen sembunyi2 ni?? Tak best
la camni…” kata kawanku kepadaku. Lalu aku menjawab dengan nada poyo penuh
berirama,“owh, adakah aku menyembunyikan ia daripadamu wahai sahabatku??
Maafkan daku atas kegelojohanku mempelahap ilmu itu seorang diri… ”. ILMU??? Yep,
mmg le ilmu yg sebenar2 ilmu yg dimaksudkan disini. Aku saje je buat dialog camtu.
Baru la poyo benar introku itu… keh3…
Orait, sekarang baru nk masuk ke isi
kandungan yg sebenornye. Actually aku nk cite pasal menyembunyikan ilmu. Menyembunyikan
ilmu ni ialah org2 yg ada atau memiliki ilmu tapi bila org tanye kat dia satu
persoalan (walopon dia tahu n paham soalan yg ditanya tu) tapi dia tak nak
jawab atau jelaskan. Org kate: “Dia boleh buat tak paham je…??”
So, menyembunyikan ilmu ni sebenarnye
besar skop dan pengertian nye. Sebab luas sgt topik perbincangan kite, jadi aku
juz nk kongsi yg ni je la ye…
1-TAK
NAK jelaskan secara benar kpd org yang memerlukannya, maksudnye: org yg camni
dia tak mahu jelaskn kat org laen coz tak nak kembangkan ilmu tu sendiri (ilmu
tersebut). Reasonnya: “kalo aku cakap kat suma org ilmu yg aku ada ni, then
bila suma org dh tau…mane tinggalnye special aku ni???”
2-TAK
NAK ajarkan kpd org lain pengetahuan yg dimilikinya, maksudnye: org yg camni
dia juz ajar kat org laen yg dia nk je (dikehendakinya). Reasonnya: “aahh…mamat
tu sengal je la, maleh aku nk ajar dia…baek aku ajar aweks cun ni or kroni2 aku
je… lagi bez…”
3-TAK
NAK sebarkan ilmu pengetahuan yang semestinya diberikan kepada umat (untuk
kepentingan org ramai). Contohnye ilmu fardhu ain dan ilmu2 yg same waktu
dengannya.
Menyembunyikan
ilmu ni jugak termasuk dalam dosa besar,
sebabnye: boleh halang kemajuan umat dari segala bidang dan boleh menutup
kebenaran. Kat bawah ni aku bagi firman2 Allah dalam al-Quran…
“Sesungguhnya
yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan
hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Pengampun.” (Surah Fathir ayat 28)
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa
yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah,
sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” (Surah
al-Baqarah ayat 159)
“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari
orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu): Hendaklah kamu menerangkan isi
kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya, lalu mereka
melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan
harga yang sedikit. Amatlah buruk tukaran yang mereka terima.” (Surah Ali Imran
ayat 187)
Ayat2 tadi
sebenarnye mula2 Allah nk ‘pangkah’ golongan pendeta2 Yahudi dan Nasrani yg
menyembunyikan keterangan2 kitab suciNya (tentang kenabian Nabi Muhammad SAW
dalam Taurat dan Injil). Tapi, kita as a thinking Muslim patut ambik iktibar n
pengajaran dari ayat2 tersebut coz perbuatan2 camtu amat2 la keji n konpem
dapat siksaan kat akhirat nanti (kalo buat camtu la).
Dalam Soalnya
Hati ni… eh, silap lak… dalam soal menyembunyikan ilmu ni, kat dalam hadith2
Nabi pun ada cakap pasal seksaan n ancaman kepada org2 yg menuntut ilmu bukan
kerana Allah tapi untuk cari kefamousan dan kepopularitian. Check it out…
“Barangsiapa menuntut ilmu supaya dikenal sebagai
ulama’, untuk bertengkar dengan orang-orang yang bodoh atau supaya diterima (ditengah-tengah)
manusia, maka nerakalah baginya”(dan dalam lafaz yang lain ia dimasukkan oleh
Allah ke dalam neraka.) (Hadith Riwayat Tirmidzi)
“Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa
ditanya tentang sesuatu ilmu kemudian ia menyembunyikannya maka pada hari
kiamat akan dikendalikan (diikat) mulutnya dengan kendali tali dari api
neraka.” (Hadith
Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
“Dari Abu Hurairah r.a. berkata : bersabda Rasulullah SAW : Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu kemudian tidak memberikannya (kepada orang lain) adalah
bagaikan orang yang menyimpan harta kemudian tidak menafkahkan sebahagian daripadanya.” (Hadith Riwayat At-Tabrani)
“Dari Abu Said r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW : “Orang yang
menyembunyikan ilmu maka dia mendapat kutukan dari segala sesuatu, sehingga
ikan di laut dan burung di udara juga mengutuknya.”(Hadith Riwayat Abu Dzur)
“Jadilah kamu
orang yang berilmu (sehingga dapat mengajarkan ilmu) atau orang yang mencari
ilmu (pelajar) atau orang yang mencintai (ilmu). Dan jangan engkau menjadi
orang yang kelima, maka engkau akan celaka.”(Hadith Riwayat Baihaqi)
From d ayat2 n hadith2, jelas menunjukkan
org2 yg sembunyikan ilmu ni diancam hukuman berat kat akhirat coz diorg ade
tanggungjawab… tanggungjawab untuk menyebar luaskan ilmu, dats y bila diorg
sembunyikan ilmu tu bermakna diorg dah abaikan tanggungjawab… maka berdosa besarlah mereka2 itu…
So, amacam??? Brani ke nak sembunyi
ilmu lagi lepas ni??? (owh…aku sudah insaf dan bertaubat…-jawab suara hatiku
penuh keihlasan buatan sendiri).
P/s – Kalo dah ade ilmu tu jangan la
reti nak ajar kat orang je tau… pandai2 la amalkan sekali ye…
Dari Umar Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menuntut ilmu sedang ia
tidak mahu mengamalkannya nescaya ilmu tidak mahu bertambah melainkan (hanya)
kesombongan belaka.” (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
Pepatah arab juga ada berkata:
“Ilmu
tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.”
“Bersabda Rasulullah SAW : “Ilmu itu adalah (bahagian dari)
tanda hidupnya (kejayaan) Islam, dan sebagai penegak iman. Barang siapa
mengajarkan ilmu (kepada orang lain). Allah akan menyempurnakan pahala baginya,
dan barang siapa menuntut ilmu dan mengajarkannya, Allah akan memberi
pengetahuan baginya, terhadap apa yang belum diketahui.”(Hadith Riwayat Abu Saikhon)
ehemm2...
catchy tak title post ni??? (agak ar, -jawabku tanpa rasa malu...). ok2, d
exact real deal is actually about lupa kpd Allah. So, lupa kpd Allah ni
maksudnye seseorg yg tidak lagi m'endahkan akan perintah2 dan larangan2 Allah,
coz dh xde rasa takut kepadaNya sehingga menyebabkan dia buat sumthing m’ikut
nafsu semata2. Orang yg mcm ni mmg Allah kate (firman) str8 je as org FASIQ dlm
al-Quran.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada
Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah
orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Hijr ayat 19)
Lupa kpd Allah ni mmg le merupakan pintu dari segala pintu
kemaksiatan; coz org yg lupa Allah ni amat2 la senang terjerumus ke dlm perbuatan
dosa, sebab main control system atau sistem kawalan diri org ni dh loose. So dia
rasa cam xde mende pun la kalo wat dosa ni -which leads to byk lg dosa2 yg lain.
Then, mmg betul n sgt tepat sekali kalo
lupa kpd Allah buleh buat seseorg tu jadi FASIQ dan mende ni digolongkan
sebagai DOSA BESAR.
Banyak gile kot sebab2 n faktor2 yg boleh buat manusia lupa
kpd Allah ni... n sebab yg paling popular ialah: I LUV U DUNIA...!!! will u
marry me??? (cintakan dunia)... n of coz hawa nafsu yg tidak dididik. Dats y la
manusia ni suka cari kehidupan dunia je, kalo boleh nak buang perkataan AKHIRAT
dari mane2 kamus kat dunia ni... pastu bile org tanya: “xingat akhirat ke?” bolehla
jawab: “owh... wats dat??? Its not even in the dictionary, ok?!”
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan
anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat
demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)
Dalam ayat lain pulak, Allah saje nak bagi jalan keluar kpd
org2 yang beriman supaya diorg tak terikut, hanyut dan terpengaruh atau ter’culture
shock’ dgn org2 yg lupa kat Allah ni...
“Maka berpalinglah (wahai Muhammad)dari orang yang berpaling
dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi.” (Surah
an-Najm ayat 21)
Ayat ni bukan la bertujuan atau bermaksud kalo kita beriman
kita kena tinggalkan dunia sama sekali (meninggalkan dunia??? Hehe...) atau nk suruh
kita jadi cam sami2 kt tokong tu (Islam larang kot hidup cam sami tu; cam boley
dapat akhirat je diorg tu...ish3). Islam suruh kita usaha dan ambik bahagian
dalam kesenangan dunia sambil disertai zikir kpd Allah dan tidak lupa kepadaNya
cam contoh kat bwh ni...
“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula)
oleh jual beli dan mengingati Allah dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari)
membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan
penglihatan menjadi goncang.” (Surah an-Nur ayat 37)
Kesimpulannya, lupa kpd Allah ni
besar pengaruhnye kpd mane2 individu yg tengah rancak dalam pergaulan, kecuali
mereka yg beriman je yg tak buat mende2 tak senonoh ni...hik3... coz org2 yg
beriman pasti mampu buat benteng untuk diri dia dari serangan lupa kpd Allah
ni.
–sekali lagi diingatkan kpd
diriku, DOSA BESAR ye... (haish...apa nk jadi?)
al-Riak ni sebona eh satu penyakit 4 sifat ikhlas... sifat
ikhlas boleh terhalang dengan adanya riak di dalam diri n jiwa seseorg. riak ni
kire sifat yg berlawanan dgn sifat ikhlas le kalo nk senang ckp. based on
al-Quran dan Sunnah, sifat riak ni boleh membatalkan amal soleh yg dh kite
buat. so, the equation is like dis la
IKHLAS + RIAK = 0 (none)
RIAK - IKHLAS = DOSA
IKHLAS - RIAK = BAGUIH DOK ADA...hehe
Riak ni mmg le sifat yg amat2 tercela coz boleh mendatangkn
dan melahirkan sifat2 buruk yg laen. kalo ade sifat riak ni, bukan sorg je leh
hancur...if not controlled, masyarakat pn boleh lebur... nk tau nape?? (read n
judge urself la...)
BAHASA: Menunjuk2 dalam setiap perlakuan (amal) di hadapan
org laen.
SYARIE: Melakukan ibadah kpd Allah tp in d same time
menunjuk2 di hadapan org laen.
syarat2 suatu aksi (perlakuan la..hehe) dikira Riak-
1- RIAK JASMANI - m'gunakan perkara2 dari tubuh badan utk
mendapat nama.
cthnye:- kuruskn badan utk bg org nmpk cam ahli ibadah or
saje2 pegi tunjal dahi sendiri coz nk bg ade kesan itam cam selalu sujud...
2- RIAK SIFAT - m'gunakan sifat2 tertentu seperti memakai
serban dan jubah untuk bg org nampak cam alim.
"Ulama'-ulama' hari ini memilih utk tidak memakainya
kerana ia dipakai oleh pelajar2 pesantren, sekolah agama, juga dipakai oleh
pelakun dalam pementasan sempena hari besar Islam dan filem2 keagamaan, orang
jahat dan keji juga memakainya bila diseret ke mahkamah. Jika dulu serban
adalah pakaian ulama', tapi kerana ia meluas dipakai oleh orang yg tidak layak
atau tidak berhak memakainya, atau orang yg menyamar memakainya, para ulama'
kebanyakannya memilih utk tidak memakainya lagi. (Dr KH Ali Mustafa Yaakub MA,
Hadis-hadis bermasalah, Kompilasi article dalam Majalah Amanah Jakarta) Serban
boleh dipakai dgn syarat dihidupkan sunnah-sunnah yg lain. Kebelakangan ini
wujud mereka yg berserban, berjanggut panjang tapi diburu kerana aktiviti
keganasan dan pengeboman. Berserban dengan menghidupkan sunnah-sunnah memang
menghidupkan tradisi keulamaan silam." http://www.masjidalmukarramah.org/artikel/Serban.htm
camne skrg??? alimkah serbanmu itu??? atau kamu???
3- RIAK PERKATAAN - yg ni ade kaitan dgn tutur kata atau
ucapan.
cthnye:- b'kumat-kamit dgn istiqamahnye utk org anggap dia
tgh berwirid or berzikir. (ntah2 lagu eminem yg yg dia tgh hafal kot...keh3)
4- RIAK PERBUATAN - yg ni jenis riak yg ditunjukkan dlm
pergaulan (bukan bebas ye).
cthnye:- suka pilih2 kawan yg kaya, famous, hot, popular,
alim, berpangkat, dan sebagainya.
so, kesimpulannye... jauhi la sifat2 yg membawa kpd riak ni.
kalo kite riak pn tak kemane nye, kt dunia je org boleh puji2, org boleh
sanjung2, org boleh pandang tinggi walaupun palsu semua amalan kita tu... kat
akhirat???
"Barang siapa menghendaki dunia, Kami segerakan baginya
di dunia apa-apa yang dikehendakinya untuk siapa yang Kami suka. Kemudian Kami
adakan untuknya neraka jahannam, ia masuk kedalamnya, sedang ia tercela dan
terusir." (Surah Al-Israak Ayat 18)
ape la gune nye kalo kite boleh riak kat dunia ni tapi hanya
mampu teriak kat akhirat... baek kite teriak dulu kat dunia pastu beronggeng
kat akhirat...(kpd sape2 yg xpaham, teriak ni maksudnye menangis atau org
perlis kate crying or weeping...-bkn niat utk riak)
Kdg2 aku
terpk bile tgk bara bbq tu… “adakah mungkin aku akan di barbeque jua di akhirat
kelak???” (na’uzu billah min zaalik…) Maka aku pn tros cpt2 m’ajak sahabat2ku
melancarkn aktiviti ‘usrah’ sprt slalu dilakukan…
“Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak
langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh
(pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar
dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu,
nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya
selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi
Maha Mengetahui”. (Surah
an-Nur ayat 21)
So,
kepada sahabat2ku dan aku dari kaum adam yg bakal terase renungkanlah ayat ni…
“Katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan
mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat
Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.“
(Surah an-Nur ayat 30)
Dan kepada kaum hawa yg bakal merasakan...hehe... ade
gak ayat utk direnung bersama...
“Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.“
(Surah an-Nur ayat 31)
“Sesungguhnya
orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya,
yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan
dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab
seksa yang besar.“ (Surah an-Nur ayat 23)
Tak lupa juga kepada sape2 yg nk merasai...(ramai org
suke ulang ayat ni xtau nape...hehe)
“(Lazimnya)
perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan
lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya)
perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki
yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah
bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat);
mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan
yang mulia.“ (Surah an-Nur ayat 26)
Kalo tgk balik ayat ni...mmg le Allah firman camtu, tp
xde makne nye kalo yg reti membaca tu xreti nk ambik iktibar...Tuhan suruh jd
baek utk dpt jodoh yg baek terlepas dari tuduhan yang burok dan utk dapatkn
pengampunan, bukan suroh menjahatkan diri yg sedia jahat tuk dapat jodoh yang
same taraf jahatnye dan xdapat pengampunan malah dituduh mcm2...bak kate Nabil,
“Lu pk la sendiri...!!!“
Sekian, diharapkan apa yg baek itu dijadikan pedoman
(trima kaseh kpd sahabat yg membetulkn tym tgh pening aritu...hihi...) dan
segala yg xbaek n burok tu hanyalah sebagai satu reverse psychology kpd ilham2
yg mengajak kearah kebaikan...(selalunya wat benda2 baek ni boring
sket...wallahu a‘lam) dan semoga apa yg kita ikrar dalam solat tiap2 ari tu jd
pegangan dan panduan kita...
“Katakanlah:
Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk
Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, tiada sekutu
bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku.“
(Surah al-An’am ayat 162-163)
Dan sedikit utk dikongsi utk sesiapa yg rasa dirinya
ada kaitan...
“Dan
janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu,
bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang
miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya)
hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah
kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani.“ (Surah an-Nur ayat 22)
Maka
tersebutlah kisah, terdapat 6 org sahabat yg ditakdirkan bertemu disuatu
komuniti yang menjahanamkn sesiapa jua yg bergiat aktif didalamnya... Al-kisah
meriwayatkan bahawa mereka berenam ini pernah melalui zaman2 jahanam (zaman jahiliah) tersendiri.
Maka terkumpulnya mereka ini telah meledakkan ajakan paradigma dimana masing2
bersepakat untuk sama2 menghindarkan diri daripada sebarang pengucapan,
perbuatan, amalan, niat dan iktikad yang membawa kepada registration ke majlis
muzakkarah neraka jahannam (neraka mane2 pn lah…insyaAllah).
Setelah
berhempas pulas mencari maksud di sebalik pertemuan ini, maka turunlah ilham
kpd Tuan Guru Wan Azlan untuk melantik dirinya menjadi ketua clan (maaf la ye
kalo agak hiperbola disini…kih3).
Di
sebalik keheningan malam, terciptalah satu legasi yang menggegarkan kesepian
kubah kuning. And there goes, the awakening of 6 Jahanam (walopon ade cubaan
utk menodai nama tersebut sbg – The Jahanams…haha).
Moga2
persahabatan ini berkekalan hendaknya…diterajui oleh wan azlan…jgnlah kecundang
ditengah jalan…sekian, trima kaseh..
P/S-
Mungkin benar kata2 akak iparku; “Ni lah contoh budak culture shock… ade ke
patut dia buat parti buih dgn kwn2…” (walopon nadanya seperti bergurau, tapi
dlm gamba tu ape bende eh?? Cam buih je aku tgk…keh3)
-Dan
mungkin benar kate abangku; “kalo nk wat parti buih asal xajak aku skali??? Dh
blk umah pastu kuar balik…haish…” (owh, mungkin ayat td hanya rekaan
semata2…hehe…tapi sedarlah wahai manusia, jgnlah kita melakukan atau
mengucapkan suatu perkara yang boleh mendatangkn fitnah…coz people might juz
believe wat other people said nowadays…dan dosa fitnah itu lebih teruk daripada
dosa membunuh) WALLAHU A’LAM…
I’m bidding farewell to d formalities… cam dh tak larat lak
nk mengformalkn diriku ini lg…haha…(sape la yg meng influence aku yg above
suspicion ni…ish3) so, rasenye after this… post2 kt blog ni bkl merubah wajah
kepada suatu yg lebey rileks n cool…tp masih mengekalkan sifat rendah diri dan
xlupa daratannya…haha… Tp ade sbb gak post2 lame kt sini dikekalkn keaslian dan
formalitinye… cube renung2kn ayat kt bwh ni…
“(Ucapan mereka menyebabkan) mereka memikul dosa-dosa mereka dengan
sepenuhnya pada hari kiamat dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang
yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar;
sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.“ (Surah al-Nahl ayat 25)
Then tgk
pulak yg ni…
Nabi SAW
bersabda; “Sesiapa mengajak kepada
petunjuk maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya
tanpa dikurangi sedikit pun. Dan sesiapa mengajak kepada kesesatan maka ia akan
mendapat dosa seperti orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun.“
(Hadith Riwayat Muslim)
Takut
weh...!!! gile kot...xsanggup diriku yg hina dina ini terpaksa menanggung dose
org laen...dose sendiri pn ntah brape tan beratnye
ni...haish...astaghfirullah...
“Wahai
Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak
mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari
orang-orang yang rugi.“(Surah al-A’raf ayat 23)
Then, naseb
baek aku ade terbace ayat ni...
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai
hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“(Surah al-Zumar ayat 53)
“Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu
(dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.“ (Surah an-Nur ayat 5)
Kan dh agak
tenang sikit ati yang lara ni...hehe... ingat ye, jangan putus asa
sahabat2ku...moh le kite jd org yg melaksanakan dan mengikuti jalan dakwah...kalo
xboley byk sikit pn jd la ye...
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh
berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah
(buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang
berjaya.“(Surah
Ali Imran ayat 104)
“Tuhan kami,
janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk
kepada kami dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya
Allah tidak menyalahi janji.” (Surah Ali Imran ayat 8)
“Ya Allah,
perbaikilah agamaku yang menjadi pemelihara bagi urusanku. Perbaikilah duniaku
yang menjadi tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat
kembaliku. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan kebaikan untukku. Jadikanlah mati
sebagai yang menyenangkan atau yang melindungi dari semua kejahatan.” (Hadith
Riwayat Muslim)
“Ya Allah,
sesungguhnya kami memohon segala sesuatu kebaikan seperti yang dipohonkan oleh
Nabi-Mu, Kekasih-Mu, Utusan-Mu dan Hamba-Mu Muhammad SAW. Dan aku berlindung
dengan-Mu daripada keburukan dan kejahatan sebagaimana perlindungan yang
dipohon oleh Nabi-Mu, Kekasih-Mu, Rasul-Mu dan Hamba-Mu Muhammad SAW.”
“Ya Allah,
sesungguhnya kami memohon syurga-Mu dan segala kenikmatannya, dan juga sesuatu
yang dapat mendekatkan kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat
dan iktikad. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada neraka dan sesuatu yang
boleh mendekatkan kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan
iktikad.”
“Ya Allah,
kurniakanlah kesejahteraan padaku dalam kekuasaan-Mu, masukkanlah aku dalam kasih
sayang-Mu, putuskanlah ajal kematianku dalam berbakti pada-Mu, akhirilah aku
dengan amal kebaikanku dan jadikanlah pahalanya itu berupa syurga.”
“Ya Allah. Perkayakanlah diriku dengan ilmu pengetahuan dan
indahkanlah aku dengan sifat lapang dada, muliakanlah aku dengan taqwa dan
baguskanlah aku dengan sihat wala’fiat”
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada hati yang tidak
khusyu’ dan dari doa yang tidak didengar(tidak dikabulkan) dan dari nafsu yang
tidak pernah kenyang (puas) dan dari ilmu pengetahuan yang tidak bermanfaat.”
“Ya Allah, berikanlah cahaya dalam hatiku, cahaya dalam
lidahku, cahaya dalam penglihatanku, cahaya dalam pendengaranku, cahaya dari
kananku, cahaya dari kiriku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya
dari mukaku, cahaya dari belakangku, juga cahaya itu dalam diriku dan pula
besarkanlah cahaya itu untukku.”