Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Tuesday, June 11, 2013

Ayat Pelaris: Sales and Marketing

BERITA BEST!!!
nak habaq kat para MARKETING & SALES PERSONNEL, CONTRACTORs, and sapa2 yang sama waktu dengan nya...

Ini dia PELARIS segala bisnes, PELANCAR segala urusan...!!!

-setiap kali nak berurusan dengan clients, customers, prospects and whatsoever, sila baca (dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim...) yang dibawah ni:-

"Inna nahnu nazzalna adz zikra wa inna lahu lahafidhun" -3X

*Kalau boleh, perlu ingat maksud ayat sekali;
 “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Surah Al-Hijr ayat 9)




p/s- pasai apa nak kena ingat maksud ayat?
sebab semua pakat nak cari habuan dunia ja, tak brapa mau cari untung kat akhirat...

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran." (Al Kahfi Ayat 28)

so, jangan nak jaga sales ja tinggi tapi solat tak terdiri.. . jangan asal boleh cari makan semua pun nak baham tapi bila baca Quran semua pun tak paham... jaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah rezki bercambah...

Wallahu a'lam...











suddenlyfeellikewritingagain...

Friday, January 22, 2010

Dedicated to all women, wives & moms out there... Rahsia disebalik airmata wanita

Saat Allah ciptakan wanita, membuatnya menjadi sangat utama.
ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,
walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan
kepala bayi yang sedang tertidur.

Diberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi
dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya
itu. Diberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, diberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau
letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Diberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua
anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau seringkali
anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang
akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap.
Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat
didakap dengan lembut olehnya.

Diberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa
sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah
‘tulang rusuk’ yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Diberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan
pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah
melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji
setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar,
saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya diberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.
Inilah yang khusus diberikan kepada wanita, agar dapat
digunakan bila pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki
wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan”.



sabar menempuh jalan, tetapkan Iman di hati...
(taken from dis link )
WALLAHU A’LAM...

Monday, January 18, 2010

Pesanan...


Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza... Semalam kanak-kanak... Hari ini remaja... Dan esok, hari tua... Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah...

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa...

 menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan...

menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan...

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat menyerikan rasa muda...

menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa...

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab...


merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi...


memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat...
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)



Tak seorang pun sempurna... Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak...


Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah...


WALLAHU 'ALAM...

Saturday, January 16, 2010

Doa Haikal


Doa Haikal merupakan salah satu daripada doa-doa yang amat tinggi khasiatnya. Doa ini mengandungi 7 bahagian, iaitu Haikal 1 hingga Haikal 7. ade orang kate..doa ni senjata mukmin. budak skool aku plak cakap, doa ni panas. baca 3 kali seminggu dah cukup. tapi dalam kitab majmu'syarif cakap..baca tiap2 hari bagus..kesimpulannye.. try le baca tiap2 hari... baca doa haikal, dan bawa doa haikal tu sama pegi mana-mana. taruk atas night table, dalam bilik yang korang stay, dan dengan izin Allah, payah la benda2 tu nak rapat. Sebab doa haikal ni agak kuat jugalah, dengan izin Allah. kalau jadi amalan harian lagi elok sesangat la. Sebabnya, ayat-ayat Al-Quran tertentu, kalau dijadikan amalan dan doa, dibaca dengan ikhlas dan betul, panas bagi benda-benda tu.. nak rapat tak boleh, tak payah suruh pun dia terpaksa pergi..sebab panas. ade orang kate pulak... panas sbb kePOWERan doa ni..ade plak yg kate.. rasa panas sbb kite tak baca doa tu btul2 (tak menghayati atau tak ikhlas)... aku pun tak pasti. yg pasti, jika dah biasa amalkan..takkan rase panas lagi dah. nilah yang aku nak kongsi ngan korang pasal doa ni:-

Thursday, December 3, 2009

You Are Beautiful...


Ehem2... sape kah yang cantek and cute seperti dimaksudkan tersebut???
This time saye nk berkongsi  satu, emmm... ape bende ntah, artikel la kot kirenye ni... berkaitan dengan kekaguman tahap cipan beranak lapan (terlampau kagum) golongan2 Barat terhadap ajaran Islam relating their Femina (bahse Latin buat kaum Hawa or perempuan atau wanita).
Ok2, enough with d karut marut... the thing yg nak dikongsi tu sebna nye merupakan ape yang  R. Stevenson tulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. So, this is it...

Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malan di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian yang konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu: “Mengapa mereka berpakaian seperti itu...? Saya bersimpati dengan mereka...!” Ketiga-tiga wanita (Barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan. Kami alih pandangan kami kepada kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak menunjuk-nunjuk...? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami dapati wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik kaum lelaki atau wanita. Kami dapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi. Penonjolan seks dalam masyarakat kita menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara lebih jauh, mereka akan mendapati bukan keyakinan diri sebaliknya perasaan terdesak mendapat perhatian (yang menyebabkan wanita-wanita Barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki... Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam.

“Wanita yang berpegang teguh dengan pendirian mereka terhadap ajaran Islam tidak akan sesekali goyah menghadapi tohmahan dan usikan daripada orang lain. Mereka beramal dengan ilmu yang mereka miliki... Ingatlah ini apabila anda memandang pelik pada wanita2 Islam yang alim dan solehah.” Owh... yang ni saye kate sendiri... hehe... ape salahnye kan kalo kadang2 quote kate2 sendiri... (dah2, jangan nk merapek lg... Astaghfirullah...)
Tapi percayalah wahai kaum wanita sekalian... sesungguhnya Allah sendiri telah mengakui malah membuktikan keindahan dan kecantikan kalian di dalam al-Quran... kalo tak pecaye, cube la bukak and kaji dalam al-Quran tu... kalo cite pasal matahari, bulan and something yang indah je, musti gune ‘ha’ (untuk perempuan)... which mean, sifat indah itu berkait rapat dengan sifat wanita...btol x???
jagalah kalian akan keindahan yang dianugerahkan...
jangan berlebih-lebihan atau ‘berkurangan’ dalam berpakaian...
jadikan kesederhanaan sebagai ukuran...
justeru, nikmat yang dikurniakan tidak ditarik kembali oleh Tuhan...

WALLAHU A’LAM...

Saturday, November 28, 2009

MUST READ: Lelaki dan keegoannya...


*sila baca dgn nada insaf*


Kenapa lelaki selalu berkata kasar?
Kenapa lelaki egonya tinggi??
Kenapa??? kenapa ek...
Mengapakah???

What They Say About Muhammad


Micheal H. Hart: Dalam bukunya The 100: Ranking Of The Most Influential Persons In History, dia kata;

“Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan sesetengah pembaca dan akan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. (Saya memilihnya) sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu, keagamaan (spiritual) dan keduniaan. Daripada asal usul yang biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya tetap hebat dan masih terus berkembang.”

Profesor Jules Masserman: seorang tokoh dalam bidang ilmu psikologi (psychoanalyst) dari Amerika dan juga seorang Profesor di Universiti Chicago. Dalam majalah Time edisi Julai 15, 1974, beliau memberikan pandangan berhubung ciri2 yang perlu ada pada pemimpin yang agung. Katanya;

Saturday, November 21, 2009

What They Say About al-Quran


Rasa cam bez je nak kongsi this particular stuff… this is about apa yg tokoh2 barat (Mat Saleh) kata tentang al-Quran… mane la tau kan kalo2 ada yg tertarik hati jugak nak mengenali al-Quran after reading this post… coz orang zaman sekarang ni lebih suka dengar and percaya cakap Mat Saleh daripada kata2 penuh hikmah seorang mamat yang SOLEH (minah pn same la)… hehe
Adrian Brockett: Dalam Value of Hafs and Warsh Transmission of the Textual History of the Quran, Adrian Brocket kata;

Saturday, November 7, 2009

Our Behavior Is Our Savior


Again, its about AKHLAK guys… hari ni aku ada terbaca satu buku yg bertajuk ‘Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah’. Aku tertarik dengan bab ketiga from dis book – Kepentingan Akhlak Dalam Kehidupan. So, aku rasa cam bez je nak kongsi kat blog yg xseberapa ni… sebarang kekurangan adalah kerana kelemahan dan kejahilan penulis sendiri (penulis blog ni la). Olahan semula oleh aku, keep on reading…
Akhlak ni merupakan topik yg amat penting for discussion, peringatan dan amalan dalam mana2 bahagian cara hidup seorang muslim. So, setiap rangka ibadah, tak kira la yg khusus or yg umum, ijmali (ringkas) atau tafsili (terperinci) takkan terlepas from pengaruh akhlak. Sebab2 nye…

Friday, November 6, 2009

Peerz @ chumz


Tau ke nate gapo tajuk ni??? Of coz la agak kurang mngerti kan… Ok2, let me explain (walopon agak kureng paham sebeno nye)…

Peerz (peers) – ikut kamus org perlis, bermaksud rakan sebaya.

Chumz (chums) – ikut kamus bahse pasar perlis pulak, maksudnye sahabat atau close friends.

So, agak2 dah paham ke apa yg bakal disampaikan kat sini?
Yiezza, post kali ni nak cite pasal akhlak… (eh, jaoh benor la pulok dari tajuk rakan sebaya or sahabat ni…???)
Emm… bukan la jaoh mane pn, kan ke faktor rakan sebaya or sahabat ni undisputedly (tak dapat disangkal) boleh bawak pengaruh kepada akhlak seseorg atau individu… kadang2 sahabat atau rakan sebaya ni kuat benor pengaruhnye sampai overshadow (melebihi) pengaruh keluarga… kalo tak caye apa aku cakap, percayalah dengan firman Allah ni…

“Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?”
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!”
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".” (Surah al-Furqaan ayat 27 - 29)

Ada sebuah hadith gak yang cite pasal isu ni (sebuah je la yg aku ingat)…

“Seseorang itu akan mengikut agama kawannya oleh itu hendaklah dia melihat siapa yang hendak digaulinya.” (Hadith Riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Tak cukup dengan ayat Quran and Hadith, aku tambah lagi kata2 seorg tokoh false sampah (philosophy or falsafah) ni…

“Bersahabat dengan seseorang yang buruk perangai akan menjadikan seseorang itu berperangai buruk, mereka akan menjadi jahat sama seperti rakan-rakannya. Bersahabat dengan seseorang yang baik akan menjadikan seseorang itu berperangai baik, dia kan selalu bergaul dan akan bekerjasama, saling tiru-meniru diantara mereka.” (Aristotle)

Maka , jelas kan sekarang bahawa faktor sahabat ni bagi pengaruh yg amat besar kepada akhlak kalo nk banding dengan faktor2 lain… coz diorg ni mudah bergaul dan mudah jua menerima pengaruh (tak kire la dalam bentuk tiru gaya ke or berfikir).
Nak diingatkan kat sini bahawa kecenderungan mengikut ‘jalan’ (fahaman, pemikiran, emosi, kegemaran, perlakuan) rakan taulan ni amat2 memberi kesan kalo tak dapek dikawal or memang tak nak kawal.
John Dewey (entah sape tah mamat ni) kata:

“Akhlak tidak boleh dipelajari melainkan dengan cara amalan. Cara amalan inilah yang mudah mempengaruhi antara seseorang dengan rakan pergaulannya.”

Gile kot…!!! Mat saleh ni cakap pasal akhlak… haha… kalo mat saleh ni reti nak mengkaji pasal akhlak, kite sape ek kalo nak wat tak paham je dengan isu penting ni (apa nak jadi aku ni…), ish3…
Hence, aku menyeru diriku dan sape2 yg ade kaitan dgn masalah ni… marilah kite suma jadi sahabat yang terbaik buat sahabat2 kita (coz nak pilih sekarang mungkin agak terlambat untuk buang sahabat yang lame2…hehe – xde niat ye)…
Akhir kata, jom kita renung2 kan…

sape rakan sebaya kita??? Sape rakan se-BUAYA kita??? Sape rakan se-BAYAR kita??? (uih, yg nih agak bez… hihi)


-ilham dari sahabat, buat sahabat2…
WALLAHU A’LAM…

Monday, October 26, 2009

Jangan Sembunyi...!!!


“Ape barang maen sembunyi2 ni?? Tak best la camni…” kata kawanku kepadaku. Lalu aku menjawab dengan nada poyo penuh berirama,“owh, adakah aku menyembunyikan ia daripadamu wahai sahabatku?? Maafkan daku atas kegelojohanku mempelahap ilmu itu seorang diri… ”. ILMU??? Yep, mmg le ilmu yg sebenar2 ilmu yg dimaksudkan disini. Aku saje je buat dialog camtu. Baru la poyo benar introku itu… keh3…
Orait, sekarang baru nk masuk ke isi kandungan yg sebenornye. Actually aku nk cite pasal menyembunyikan ilmu. Menyembunyikan ilmu ni ialah org2 yg ada atau memiliki ilmu tapi bila org tanye kat dia satu persoalan (walopon dia tahu n paham soalan yg ditanya tu) tapi dia tak nak jawab atau jelaskan. Org kate: “Dia boleh buat tak paham je…??”
So, menyembunyikan ilmu ni sebenarnye besar skop dan pengertian nye. Sebab luas sgt topik perbincangan kite, jadi aku juz nk kongsi yg ni je la ye…
1-      TAK NAK jelaskan secara benar kpd org yang memerlukannya, maksudnye: org yg camni dia tak mahu jelaskn kat org laen coz tak nak kembangkan ilmu tu sendiri (ilmu tersebut). Reasonnya: “kalo aku cakap kat suma org ilmu yg aku ada ni, then bila suma org dh tau…mane tinggalnye special aku ni???”
2-      TAK NAK ajarkan kpd org lain pengetahuan yg dimilikinya, maksudnye: org yg camni dia juz ajar kat org laen yg dia nk je (dikehendakinya). Reasonnya: “aahh…mamat tu sengal je la, maleh aku nk ajar dia…baek aku ajar aweks cun ni or kroni2 aku je… lagi bez…”
3-      TAK NAK sebarkan ilmu pengetahuan yang semestinya diberikan kepada umat (untuk kepentingan org ramai). Contohnye ilmu fardhu ain dan ilmu2 yg same waktu dengannya.

Menyembunyikan ilmu ni jugak termasuk dalam dosa besar, sebabnye: boleh halang kemajuan umat dari segala bidang dan boleh menutup kebenaran. Kat bawah ni aku bagi firman2 Allah dalam al-Quran…
“Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” (Surah Fathir ayat 28)
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” (Surah al-Baqarah ayat 159)
“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu): Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya, lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruk tukaran yang mereka terima.” (Surah Ali Imran ayat 187)
Ayat2 tadi sebenarnye mula2 Allah nk ‘pangkah’ golongan pendeta2 Yahudi dan Nasrani yg menyembunyikan keterangan2 kitab suciNya (tentang kenabian Nabi Muhammad SAW dalam Taurat dan Injil). Tapi, kita as a thinking Muslim patut ambik iktibar n pengajaran dari ayat2 tersebut coz perbuatan2 camtu amat2 la keji n konpem dapat siksaan kat akhirat nanti (kalo buat camtu la).
Dalam Soalnya Hati ni… eh, silap lak… dalam soal menyembunyikan ilmu ni, kat dalam hadith2 Nabi pun ada cakap pasal seksaan n ancaman kepada org2 yg menuntut ilmu bukan kerana Allah tapi untuk cari kefamousan dan kepopularitian. Check it out…
“Barangsiapa menuntut ilmu supaya dikenal sebagai ulama’, untuk bertengkar dengan orang-orang yang bodoh atau supaya diterima (ditengah-tengah) manusia, maka nerakalah baginya”(dan dalam lafaz yang lain ia dimasukkan oleh Allah ke dalam neraka.) (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ditanya tentang sesuatu ilmu kemudian ia menyembunyikannya maka pada hari kiamat akan dikendalikan (diikat) mulutnya dengan kendali tali dari api neraka.” (Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata : bersabda Rasulullah SAW : Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu kemudian tidak memberikannya (kepada orang lain) adalah bagaikan orang yang menyimpan harta kemudian tidak menafkahkan sebahagian daripadanya.” (Hadith Riwayat At-Tabrani)
Dari Abu Said r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW : “Orang yang menyembunyikan ilmu maka dia mendapat kutukan dari segala sesuatu, sehingga ikan di laut dan burung di udara juga mengutuknya.” (Hadith Riwayat Abu Dzur)
“Jadilah kamu orang yang berilmu (sehingga dapat mengajarkan ilmu) atau orang yang mencari ilmu (pelajar) atau orang yang mencintai (ilmu). Dan jangan engkau menjadi orang yang kelima, maka engkau akan celaka.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
From d ayat2 n hadith2, jelas menunjukkan org2 yg sembunyikan ilmu ni diancam hukuman berat kat akhirat coz diorg ade tanggungjawab… tanggungjawab untuk menyebar luaskan ilmu, dats y bila diorg sembunyikan ilmu tu bermakna diorg dah abaikan tanggungjawab… maka berdosa besarlah mereka2 itu…
So, amacam??? Brani ke nak sembunyi ilmu lagi lepas ni??? (owh…aku sudah insaf dan bertaubat…-jawab suara hatiku penuh keihlasan buatan sendiri).

P/s – Kalo dah ade ilmu tu jangan la reti nak ajar kat orang je tau… pandai2 la amalkan sekali ye…
Dari Umar Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya nescaya ilmu tidak mahu bertambah melainkan (hanya) kesombongan belaka.” (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
Pepatah arab juga ada berkata:
“Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.”

Bersabda Rasulullah SAW : “Ilmu itu adalah (bahagian dari) tanda hidupnya (kejayaan) Islam, dan sebagai penegak iman. Barang siapa mengajarkan ilmu (kepada orang lain). Allah akan menyempurnakan pahala baginya, dan barang siapa menuntut ilmu dan mengajarkannya, Allah akan memberi pengetahuan baginya, terhadap apa yang belum diketahui.” (Hadith Riwayat Abu Saikhon)
WALLAHU A’LAM…