Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Saturday, November 21, 2009

What They Say About al-Quran


Rasa cam bez je nak kongsi this particular stuff… this is about apa yg tokoh2 barat (Mat Saleh) kata tentang al-Quran… mane la tau kan kalo2 ada yg tertarik hati jugak nak mengenali al-Quran after reading this post… coz orang zaman sekarang ni lebih suka dengar and percaya cakap Mat Saleh daripada kata2 penuh hikmah seorang mamat yang SOLEH (minah pn same la)… hehe
Adrian Brockett: Dalam Value of Hafs and Warsh Transmission of the Textual History of the Quran, Adrian Brocket kata;


“Perkembangan al-Quran selepas kewafatan Muhammad adalah statik, tidak organik. (Maksudnya) al-Quran hanya mempunyai satu teks sahaja yang tidak boleh ditokok tambah walaupun sedikit oleh sesiapa pun.”

Sir William Muir: Dalam Life of Mohamet bahagian Introduction, Sir William Muir kata;

“Besar kemungkinan tidak ada satu kitab pun di dunia ini yang mampu bertahan seperti al-Quran selama 12 abad (sekarang ni dah lebih 14 abad) dalam keadaan keasliannya tetap masih utuh terpelihara.”

Profesor Laura Veccia Vaglieri: Professor Laura Veccia Vaglieri dalam bukunya Apologia dell Islamismo berpendapat;

“Satu lagi bukti yang menunjukkan al-Quran sebenarnya datang daripada Tuhan adalah kesucian teksnya yang tidak pernah tercemar abad berabad hinggalah ke hari ini dan saya yakin sampai ke bila-bila.”

Profesor Keith L. Moore: Dr. Keith L. Moore ni profesor dalam bidang Anatomi from Universiti Toronto. Mamat ni penah dapat anugerah J.C.B. Grant Award and dah tulis lebih kurang 150 artikel dalam bidang anatomi dan embriologi. Dalam intro buku yang dia tulis bertajuk The Developing Human: Clinically Oriented Embryology (Third Edition), dia kata;

“ Selama tiga tahun saya bekerjasama dengan Jawatankuasa Embriologi di Unversiti Abdul Aziz, Jeddah, bagi membantu mereka menginterpretasikan ayat-ayat Quran dan Hadith yang berkaitan dengan kejadian manusia dan embrio di dalam rahim. Saya amat kagum dengan ketepatan ayat-ayat (Quran) yang diturunkan pada abad ke-7 Masihi ini dibandingkan dengan penemuan-penemuan semasa, sedangkan ketika itu bidang sains embriologi masih belum wujud… Selama ini saya tidak pernah tahu isi-isi yang terdapat dalam Quran dan Sunnah.”

Dr. Gary Miller: Dr. Gary Miller ni pakar Matematik dan tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Dia ni penah dapat hadiah berupa sebuah al-Quran with english translation. Lepas je bace terjemahan al-Quran tu, beliau terus peluk Islam. Dalam tulisannya The Amazing Quran, dia kata;

“ Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran adalah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita berkenaan padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu… al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini adalah suatu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan apabila ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu bagi membuktikan bahawa ia benar. Seribu empat ratus sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang benar.”

So, as a good Muslim or good Muslim wannabe… kita wajib beriman bahawa al-Quran adalah wahyu Allah yang qadim dan kesuciannya dipelihara oleh Allah.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Surah al-Hijr ayat 9)

Dalam kitab Tafsir al-quran al-Azim, Imam Ibn Kathir kata; “Allah menegaskan dalam ayat ini bahawa Allah lah yang menjaga al-Quran daripada sebarang tokok tambah dan perubahan oleh manusia.”
Al-Quran ni merupakan Kalam Allah (kalamullah) yg terpelihara, so, memang xde la any percanggahan or kekeliruan kat dalamnya. Moreover, its d best petunjuk buat umat manusia.

“Segala puji bagi Allah yang menurunkan kepada hambaNya al-Kitab (al-Quran) dan Dia tidak mengadakan sesuatu yang bengkok di dalamnya.” (Surah al-Kahfi ayat 1)

Kepada mereka2 yg masih bengong (mintak maaf kalo bersikap jujur di sini) and still meragui kebenaran al-Quran, xpayah la aku nak cakap ape2 lagi kat korang ye… Allah siap cabar lagi korang untuk cipta satu surah yang ada iras2 al-Quran… korang mampu ke???

“Dan jika kamu tetap di dalam keraguan berkenaan al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad) buatlah satu surah seumpama al-Quran dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.” (Surah al-Baqarah ayat 23)

Based on what mentioned above, kita memang wajib benor la beriman, semua perkara yang ada dalam al-Quran tu tiada yang lebih benar... melainkan yang benar2 belaka… and of course yang terbaek.

“Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: ‘Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?’ Mereka menjawab: ‘Allah menurunkan kebaikan’…” (Surah an-Nahl ayat 30)

Relating to this ayat, Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim kata: “ (al-Quran ialah khaira) bermaksud Allah menurunkan al-Quran sebagai rahmat dan keberkatan bagi mereka yang beriman dan mematuhinya.”
WALLAHU A’LAM…

No comments: