Tau ke nate gapo tajuk ni??? Of coz la agak kurang mngerti
kan… Ok2, let me explain (walopon agak kureng paham sebeno nye)…
Peerz (peers) – ikut kamus org perlis, bermaksud rakan sebaya.
Chumz (chums) – ikut kamus bahse pasar perlis pulak, maksudnye sahabat atau close friends.
So, agak2 dah paham ke apa yg bakal disampaikan kat sini?
Yiezza, post kali ni nak cite pasal akhlak… (eh, jaoh benor
la pulok dari tajuk rakan sebaya or sahabat ni…???)
Emm… bukan la jaoh mane pn, kan ke faktor rakan sebaya or
sahabat ni undisputedly (tak dapat disangkal) boleh bawak pengaruh kepada
akhlak seseorg atau individu… kadang2 sahabat atau rakan sebaya ni kuat benor
pengaruhnye sampai overshadow (melebihi) pengaruh keluarga… kalo tak caye apa
aku cakap, percayalah dengan firman Allah ni…
“Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?”
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!”
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".” (Surah al-Furqaan ayat 27 - 29)
Ada sebuah hadith gak yang cite pasal isu ni (sebuah je la
yg aku ingat)…
“Seseorang itu akan mengikut agama kawannya oleh itu hendaklah dia melihat siapa yang hendak digaulinya.” (Hadith Riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah)
Tak cukup dengan ayat Quran and Hadith, aku tambah lagi
kata2 seorg tokoh false sampah (philosophy or falsafah) ni…
“Bersahabat dengan seseorang yang buruk perangai akan menjadikan seseorang itu berperangai buruk, mereka akan menjadi jahat sama seperti rakan-rakannya. Bersahabat dengan seseorang yang baik akan menjadikan seseorang itu berperangai baik, dia kan selalu bergaul dan akan bekerjasama, saling tiru-meniru diantara mereka.” (Aristotle)
Maka , jelas kan sekarang bahawa faktor sahabat ni bagi
pengaruh yg amat besar kepada akhlak kalo nk banding dengan faktor2 lain… coz
diorg ni mudah bergaul dan mudah jua menerima pengaruh (tak kire la dalam
bentuk tiru gaya ke or berfikir).
Nak diingatkan kat sini bahawa kecenderungan mengikut
‘jalan’ (fahaman, pemikiran, emosi, kegemaran, perlakuan) rakan taulan ni amat2
memberi kesan kalo tak dapek dikawal or memang tak nak kawal.
John Dewey (entah sape tah mamat ni) kata:
“Akhlak tidak boleh dipelajari melainkan dengan cara amalan. Cara amalan inilah yang mudah mempengaruhi antara seseorang dengan rakan pergaulannya.”
Gile kot…!!! Mat saleh ni cakap pasal akhlak… haha… kalo mat
saleh ni reti nak mengkaji pasal akhlak, kite sape ek kalo nak wat tak paham je
dengan isu penting ni (apa nak jadi aku ni…), ish3…
Hence, aku menyeru diriku dan sape2 yg ade kaitan dgn masalah
ni… marilah kite suma jadi sahabat yang terbaik buat sahabat2 kita (coz nak
pilih sekarang mungkin agak terlambat untuk buang sahabat yang lame2…hehe – xde
niat ye)…
Akhir kata, jom kita renung2 kan…
sape rakan sebaya kita??? Sape rakan se-BUAYA kita??? Sape rakan se-BAYAR kita??? (uih, yg nih agak bez… hihi)
-ilham dari sahabat, buat sahabat2…
WALLAHU A’LAM…
1 comment:
john dewey - an american philosopher, died in 1952...hehe wikipedia always helps...rite, kalau non-muslim pun boleh ckp pasal akhlak, we as muslims buat malu je, sedangkan rasulullah s.a.w tu penuh akhlak....umat akhir zaman la katekan
Post a Comment