Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Monday, January 18, 2010

Pesanan...


Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza... Semalam kanak-kanak... Hari ini remaja... Dan esok, hari tua... Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah...

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa...

 menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan...

menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan...

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat menyerikan rasa muda...

menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa...

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab...


merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi...


memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat...
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)



Tak seorang pun sempurna... Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak...


Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah...


WALLAHU 'ALAM...

No comments: