Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Friday, January 22, 2010

Dedicated to all women, wives & moms out there... Rahsia disebalik airmata wanita

Saat Allah ciptakan wanita, membuatnya menjadi sangat utama.
ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,
walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan
kepala bayi yang sedang tertidur.

Diberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi
dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya
itu. Diberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, diberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau
letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Diberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua
anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau seringkali
anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang
akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap.
Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat
didakap dengan lembut olehnya.

Diberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa
sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah
‘tulang rusuk’ yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Diberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan
pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah
melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji
setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar,
saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya diberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.
Inilah yang khusus diberikan kepada wanita, agar dapat
digunakan bila pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki
wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan”.



sabar menempuh jalan, tetapkan Iman di hati...
(taken from dis link )
WALLAHU A’LAM...

Monday, January 18, 2010

Pesanan...


Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza... Semalam kanak-kanak... Hari ini remaja... Dan esok, hari tua... Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah...

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa...

 menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan...

menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan...

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat menyerikan rasa muda...

menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa...

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab...


merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi...


memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat...
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)



Tak seorang pun sempurna... Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak...


Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah...


WALLAHU 'ALAM...

Saturday, January 16, 2010

Doa Haikal


Doa Haikal merupakan salah satu daripada doa-doa yang amat tinggi khasiatnya. Doa ini mengandungi 7 bahagian, iaitu Haikal 1 hingga Haikal 7. ade orang kate..doa ni senjata mukmin. budak skool aku plak cakap, doa ni panas. baca 3 kali seminggu dah cukup. tapi dalam kitab majmu'syarif cakap..baca tiap2 hari bagus..kesimpulannye.. try le baca tiap2 hari... baca doa haikal, dan bawa doa haikal tu sama pegi mana-mana. taruk atas night table, dalam bilik yang korang stay, dan dengan izin Allah, payah la benda2 tu nak rapat. Sebab doa haikal ni agak kuat jugalah, dengan izin Allah. kalau jadi amalan harian lagi elok sesangat la. Sebabnya, ayat-ayat Al-Quran tertentu, kalau dijadikan amalan dan doa, dibaca dengan ikhlas dan betul, panas bagi benda-benda tu.. nak rapat tak boleh, tak payah suruh pun dia terpaksa pergi..sebab panas. ade orang kate pulak... panas sbb kePOWERan doa ni..ade plak yg kate.. rasa panas sbb kite tak baca doa tu btul2 (tak menghayati atau tak ikhlas)... aku pun tak pasti. yg pasti, jika dah biasa amalkan..takkan rase panas lagi dah. nilah yang aku nak kongsi ngan korang pasal doa ni:-