Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Saturday, January 16, 2010

Doa Haikal


Doa Haikal merupakan salah satu daripada doa-doa yang amat tinggi khasiatnya. Doa ini mengandungi 7 bahagian, iaitu Haikal 1 hingga Haikal 7. ade orang kate..doa ni senjata mukmin. budak skool aku plak cakap, doa ni panas. baca 3 kali seminggu dah cukup. tapi dalam kitab majmu'syarif cakap..baca tiap2 hari bagus..kesimpulannye.. try le baca tiap2 hari... baca doa haikal, dan bawa doa haikal tu sama pegi mana-mana. taruk atas night table, dalam bilik yang korang stay, dan dengan izin Allah, payah la benda2 tu nak rapat. Sebab doa haikal ni agak kuat jugalah, dengan izin Allah. kalau jadi amalan harian lagi elok sesangat la. Sebabnya, ayat-ayat Al-Quran tertentu, kalau dijadikan amalan dan doa, dibaca dengan ikhlas dan betul, panas bagi benda-benda tu.. nak rapat tak boleh, tak payah suruh pun dia terpaksa pergi..sebab panas. ade orang kate pulak... panas sbb kePOWERan doa ni..ade plak yg kate.. rasa panas sbb kite tak baca doa tu btul2 (tak menghayati atau tak ikhlas)... aku pun tak pasti. yg pasti, jika dah biasa amalkan..takkan rase panas lagi dah. nilah yang aku nak kongsi ngan korang pasal doa ni:-
(ayat ni sebnanye di quote from dis link sebab aku maleh nk taip tp stil nk kongsi kat blog ni...hehe)

Haikal 1

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Allah tiada tuhan melainkan Dia yang hidup dan kekal lagi terus menerus mengurus (makhluknya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan Nya apa di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at disisi Allah tanpa izinnya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikendaki Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Haikal 2

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. (Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada engkau anak yang dalam kandungan ku menjadi hamba yang salleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis) kerana itu terimalah (nazar) itu dari pada ku. Sesungguhnya engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Kami menetapkan yang demikian) sebagai suatu ketetapan terhadap rasul-rasul Kami yang Kami utuskan sebelum kamu dan tidak kamu dapati perubahan bagi ketetapan kami itu. Dirikanlah Solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: " Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haikal 3

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Haikal 4


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap", Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia nescaya berpalinglah dia; Dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa. Katakanlah; "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaan masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya. Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Haikal 5

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Dia berkata : " Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo'a kepada Engkau, Ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang disukai. Sesungguh Allah akan membuktikan kepada rasulNya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bawasa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki masjidil haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haikal 6


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: Tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak. Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (Ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Haikal 7

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Dan sesungguhnya orang-orang kafir tu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, takkala mereka mendengar Al Qur'an dan mereka berkata: "Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila". Dan Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. 


dats all je la yg dpt dikongsi kali ni... so, kalo nk further info pasal dis doa Haikal, feel free to also check dis link

WALLAHU 'ALAM...

No comments: