Zikrullah

Subhanallah... Alhamdulillah... La ilaha illallah... Allahu akbar... La haula wala quwwata illa billahil a'liyila'zim...

Thursday, December 3, 2009

You Are Beautiful...


Ehem2... sape kah yang cantek and cute seperti dimaksudkan tersebut???
This time saye nk berkongsi  satu, emmm... ape bende ntah, artikel la kot kirenye ni... berkaitan dengan kekaguman tahap cipan beranak lapan (terlampau kagum) golongan2 Barat terhadap ajaran Islam relating their Femina (bahse Latin buat kaum Hawa or perempuan atau wanita).
Ok2, enough with d karut marut... the thing yg nak dikongsi tu sebna nye merupakan ape yang  R. Stevenson tulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. So, this is it...

Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malan di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian yang konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu: “Mengapa mereka berpakaian seperti itu...? Saya bersimpati dengan mereka...!” Ketiga-tiga wanita (Barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan. Kami alih pandangan kami kepada kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak menunjuk-nunjuk...? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami dapati wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik kaum lelaki atau wanita. Kami dapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi. Penonjolan seks dalam masyarakat kita menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara lebih jauh, mereka akan mendapati bukan keyakinan diri sebaliknya perasaan terdesak mendapat perhatian (yang menyebabkan wanita-wanita Barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki... Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam.

“Wanita yang berpegang teguh dengan pendirian mereka terhadap ajaran Islam tidak akan sesekali goyah menghadapi tohmahan dan usikan daripada orang lain. Mereka beramal dengan ilmu yang mereka miliki... Ingatlah ini apabila anda memandang pelik pada wanita2 Islam yang alim dan solehah.” Owh... yang ni saye kate sendiri... hehe... ape salahnye kan kalo kadang2 quote kate2 sendiri... (dah2, jangan nk merapek lg... Astaghfirullah...)
Tapi percayalah wahai kaum wanita sekalian... sesungguhnya Allah sendiri telah mengakui malah membuktikan keindahan dan kecantikan kalian di dalam al-Quran... kalo tak pecaye, cube la bukak and kaji dalam al-Quran tu... kalo cite pasal matahari, bulan and something yang indah je, musti gune ‘ha’ (untuk perempuan)... which mean, sifat indah itu berkait rapat dengan sifat wanita...btol x???
jagalah kalian akan keindahan yang dianugerahkan...
jangan berlebih-lebihan atau ‘berkurangan’ dalam berpakaian...
jadikan kesederhanaan sebagai ukuran...
justeru, nikmat yang dikurniakan tidak ditarik kembali oleh Tuhan...

WALLAHU A’LAM...